Hina Islam di resit makanan, Facebook bengkel motosikal di Pulau Pinang diserang netizen. Semalam, tular di media sosial mengenai resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai, yang tertera catatan berbaur provokasi menghina agama Islam.
Dalam gambar yang tersebar, resit pesanan tersebut menunjukkan cacian terhadap agama Islam pada bahagian catatan.
“Islam adalah taik dan kencing,” pesanan yang ditinggalkan pada resit.
Individu biadap itu bagaimanapun boleh digelar dungu kerana maklumatnya terpapar dengan jelas pada resit terbabit yang mana tertera nama sebuah bengkel motosikal di Pulau Pinang.
Susulan daripada itu, netizen telah bersepakat menyerang akaun Facebook bengkel motosikal terbabit dan meninggalkan ulasan negatif sebagai tanda protes terhadap provokasi agama yang dilakukan.
Selain itu, orang ramai juga melancarkan kempen boikot terhadap bengkel tersebut sebagai pengajaran.
Dalam pada itu, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat pesanan dengan nota berbaur rasis tersebut kerana ia melibatkan isu 3R (Rasuah, Rasis, dan Agama).
Menurut Harian Metro, polis telah membuka siasatan berhubung resit pesanan yang mengandungi penghinaan terhadap Islam selepas menerima laporan daripada pekerja restoran yang mengendalikan pesanan tersebut.