Hina Agong berhubung perlantikan PM10, pengguna Facebook ‘As Bul’ ditahan

Hina Agong berhubung perlantikan PM10, pengguna Facebook ‘As Bul’ ditahan

Hina Agong berhubung perlantikan PM10, pengguna Facebook ‘As Bul’ ditahan. Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, berkait pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

“Tangkapan dibuat ekoran daripada siasatan yang dijalankan membabitkan laporan polis berkait hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik menerusi laman Facebook ‘As Bul’.
“Siasatan kemudian dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sehinggalah suspek tertangkap, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hina Agong berhubung perlantikan PM10, pengguna Facebook 'As Bul' ditahan

Noorsiah berkata, dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Disember untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Dalam pada itu, katanya orang ramai diingatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial untuk membangkitkan kegusaran dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara terutama membabitkan isu 3R (raja, agama dan kaum).

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Baca Lagi:
Tragedi tanah runtuh: Bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa maut, RM1000 mangsa cedera
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES