Hidup terlalu mewah pada usia muda, Daiyan Trisha dijaga ‘sugar dady’?

Hidup terlalu mewah pada usia muda, Daiyan Trisha dijaga ‘sugar dady’?

Hidup terlalu mewah pada usia muda, Daiyan Trisha dijaga ‘sugar dady’? Nama Daiyan Trisha tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rata-ratanya cukup kenal dengan pelakon dan penyanyi berbakar besar ini. Selain daripada aktif dalam bidang hiburan, Daiyan juga sering menjadi duta bagi produk-produk antarabangsa dan selalu dijemput ke acara fesyen.

Namun baru-baru ini, Daiyan meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen yang menuduhnya ditaja oleh ‘sugar daddy’ yang menanggung kehidupannya. Semuanya gara-gara kehidupan mewah yang sering dikongsikan di media sosial pelakon itu selain Daiyan juga turut mempunyai aset hartanya yang tersendiri.

Menurut Daiyan, tuduhan itu membuatkan dia berasa sedih kerana kerja kerasnya selama ini sehingga mampu memiliki dua buah rumah pada usia muda dipertikaikan segelintir netizen. Tambahnya, mereka ini tidak nampak kesusahan sebenarnya dalam mencari rezeki.

Hidup terlalu mewah pada usia muda, Daiyan Trisha dijaga 'sugar dady'?

“Saya agak terkilan kerana sudah penat bekerja tetapi ada pula pihak yang membuat tuduhan berat. Perkara tersebut secara tidak langsung melukakan hati saya kerana bagi mereka perempuan berjaya semestinya ada sesuatu benda lain dan bukan dari usaha sendiri.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Tuduhan berat sebelah

Dalam masa yang sama, Daiyan turut mempersoalkan mengapa hanya wanita sahaja yang selalunya menerima tuduhan seperti ini. Namun kejayaan seorang lelaki tidak pernah dikaitkan dengan tajaan dari wanita kaya ataupun ‘sugar mummy’.

“Kenapa lelaki berjaya tidak pernah dilabel ada sugar mummy? Bagi saya, tuduhan sebegini tidak adil bagi kaum perempuan.”

Daiyan memberitahu kejayaan yang dimilikinya ini bukan hanya hasil kerja kerasnya semata-mata malah turut diiringi dengan doa dari kedua ibu bapanya. Pelakon itu turut berkata segala kesusahan yang dilaluinya tidak akan dipamerkan kerana dia suka dengan kerjayanya ini.

Walaupun menerima tuduhan tidak berasas ini, Daiyan tidak mahu menghiraukannya kerana mahu lebih fokus menggembirakan keluarga dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berusaha dalam mencapai impian mereka.

Sebelum ini, Daiyan telah berjaya memiliki kediaman mewah bertanah pada tahun lalu. Manakala pada tahun 2019, dia telah membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota selepas menyimpan duit selama dua tahun.

Baca Lagi:
7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa
Kanak-kanak lelaki 4 tahun didera, dipukul dan dibuang tepi jalan raya
Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun
CATEGORIES