Helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands

Helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands

Helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands. Semua mangsa kejadian helikopter terhempas di Brinchang di sini selamat dikeluarkan dari kawasan nahas dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat lebih kurang 400 meter dalam sempadan Perak oleh pasukan penyelamat.

Mangsa, Fedzrol Norazam, 43, mengalami kecederaan di kepala, manakala Munirah Abd Rahman, 53 cedera tulang belakang dan abdomen).

Muhamad Azlan Hanifah, 31, pula mengalami kecederaan di kepala, Zainurol Fazlan Zainudin, 40 (cedera di kepala); Norhasikin Abu Seman, 38, patah kaki kanan dan Hashilawati Hussi, 43, cedera di tempurung lutut dan patah bahu kanan.

Helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands

“Op SAR mencari orang hilang bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada 9.30 malam.

“Sepanjang operasi, kita telah menjumpai bangkai pesawat yang terhempas dan berjaya menemui dan menyelamat mangsa serta membawa mereka ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Tambah Mohd. Yusri, mangsa menghubungi sendiri pusat kawalan atau rakan di luar sana untuk mendapatkan bantuan. Kita pun mendapat maklumat dari mangsa.

Katanya, semua mangsa ditemui di luar helikopter berkenaan oleh pasukan penyelamat.

“Sepanjang SAR dijalankan, kita dibantu agensi menyelamat yang lain terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, tentera, Polis Diraja Malaysia sendiri dan pasukan elit Vat 6,” katanya.

Beliau berkata, pasukan penyelamat turut tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk mengeluarkan mangsa dari lokasi kemalangan.

Baca Lagi:
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
Macam ni rupanya Siti Nurhaliza merajuk, lain pula jadi kalau Datuk K panggil
CATEGORIES