Hati-hati ketika menggunakan kit ujian Covid-19, cecairnya boleh menyebabkan mata buta

Hati-hati ketika menggunakan kit ujian Covid-19, cecairnya boleh menyebabkan mata buta

Hati-hati ketika menggunakan kit ujian Covid-19, cecairnya boleh menyebabkan mata buta.

Pusat Antiberita Palsu Thailand menyiasat dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa larutan kimia pada kit ujian antigen Covid-19 (ATK) boleh menyebabkan mata manusia menjadi buta dan mengesahkan dakwaan itu benar, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Jabatan Sains Perubatan memaklumkan, larutan natrium azida sebenarnya digunakan untuk mengesan asid ribonukleik (RNA) Covid-19. Namun, jika disalahgunakan, cecair itu boleh menyebabkan mata menjadi buta dan kulit gatal.

Larutan itu juga boleh membawa maut jika diminum bergantung kepada jumlah isipadunya. Jika terkena kulit atau mata, jabatan itu mencadangkan agar individu berkenaan segera mencucinya menggunakan air bersih dan bertemu doktor jika kerengsaan berterusan.

atk blind 1536x1048 1

Pusat Antiberita Palsu Thailand sebelum ini pernah menerima dakwaan tidak berasas di media sosial mengenai Covid-19 dan prosedur ujian standard.

Bulan lalu, pusat itu menafikan laporan yang dibuat di media sosial bahawa calitan hidung yang dalam boleh merosakkan saraf bau manusia dan menjadikannya tidak berguna.

Jabatan Perkhidmatan Perubatan menyatakan, walaupun calitan jauh ke dalam hidung sebenarnya boleh menyentuh saraf deria hidung, ia tidak merosakkannya.

Tiada bukti menunjukkan bahawa ujian calitan tersebut boleh menyebabkan manusia kehilangan deria bau.

Baca Lagi:

Petronas sahkan kakitanganya disyaki terlibat rasuah ditahan SPRM

[VIDEO] Pesawat kargo DHL terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

CATEGORIES