Hati-hati jika ternampak cicak diikat dengan bungkusan kecil belakang ekor

Hati-hati jika ternampak cicak diikat dengan bungkusan kecil belakang ekor

Hati-hati jika ternampak cicak diikat dengan bungkusan kecil belakang ekor. Satu hantaran di media sosial TikTok ketika ini menjelaskan amalan santau yang kebiasaannya digunakan dalam makanan atau minuman kini beralih dengan cara lain apabila menggunakan cicak.

Perkongsian tersebut turut memapar sebuah foto yang menunjukkan seekor cicak yang diikat bersamanya satu bungkusan kecil di bahagian belakang binatang tersebut.

Menurut video itu lagi, jika ternampak seekor cicak yang mencurigakan seperti itu, buka ikatan tersebut dan baca ayat suci al-Quran dari ayat Kursi dan surah Ynus ayat 81.

Hati-hati jika ternampak cicak diikat dengan bungkusan kecil belakang ekor

“Cicak yang diikat dengan barang-barang sihir, jika ternampak buka ikatan dan baca ayat Kursi dan surah Yunus ayat 81,” jelas video terbabit.

Dalam pada itu, pengguna media sosial ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang pernah ternampak perkara seperti itu sebelum ini.

“Betul, ini bukan satu gurauan. Orang yang tidak berpuas hati dengan kehidupan kita pasti ada sahaja cara untuk melemahkannya. Mereka boleh hantar santau melalui apa sahaja dan tidak pelik jika melalui serangga seperti ini,” jelas Osman San.
“Mungkin cara ini membuatkan kita tidak perasan, tapi percaya la perbuatan sihir atau santau ini memang wujud dan dilakukan oleh orang yang tidak berhati perut,” kata Mustakim Mus.
Baca Lagi:
Selamba uncle cina ini bawa kereta Mercedes buat grab, rupanya ini alasannya
PMX individu pertama dalam Malaysia miliki Digital ID, ini yang perlu anda tahu tentang Digital ID
Rahsia pada usia 71 tahun, lelaki ini terkejut uncle cina hafal surah Yassin sebagai amalan hidup sihat
CATEGORIES