Hati-hati kod QR palsu di masjid, lelaki tukar masuk ke akaun peribadi

Hati-hati kod QR palsu di masjid, lelaki tukar masuk ke akaun peribadi

Hati-hati kod QR palsu di masjid, lelaki tukar masuk ke akaun peribadi. Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki menampal kod QR standard Indonesia (QRIS) palsu untuk mengutip wang infak di sebuah masjid di Jakarta Selatan, lapor laman berita Kumparan semalam.

Berdasarkan video tersebut tular di media sosial, seorang lelaki berbaju biru dilihat melekatkan beberapa QRIS palsu di kawasan Masjid Nurul Iman Blok M Square.

Ketika mahu melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan dilihat menoleh ke arah kanan dan kiri bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Hat-hati kod QR palsu di masjid, lelaki tukar masuk ke akaun peribadi

Dia kemudian menampal pelekat yang mempunyai kod QRIS di beberapa kotak sumbangan dalam masjid.

Tulisan pelekat tersebut bertulis ‘Membaik pulih masjid’ di samping ayat berbunyi: “Imbas QRIS untuk infak.”

Menurut Setiausaha Dewan Kesejahteraan Masjid Nurul Iman Blok M Square, Habibi Katin, QRIS palsu itu dipasang pelaku pada 6 April lalu ketika suasana sunyi.

“Kejadian itu berlaku pada waktu pagi yang sunyi. Kami mendapati adanya QRIS yang berbeza. Daripada 20 yang ada, 18 ditampal oleh lelaki tersebut,” katanya sambil menambah, kod-kod palsu itu telah dicabut.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan masjid memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan kegiatan tersebut dan lebih berhati-hati.

Jemaah juga diingatkan agar memberi infak secara pembayaran tunai atau menghubungi ahli jawatankuasa masjid sekiranya mahu menyerahkan cek.

Baca Lagi:
PM Anwar umum berita baik untuk semua sempena Aidilfitri
Sisa makanan melekat di celah gigi boleh batalkan puasa?, ini penjelasan Dr Zulkifli
“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih
CATEGORIES