Hasil galian emas lebih 2 bilion tan ditemukan di Indonesia

Photo of author

By Joe

Hasil galian emas lebih 2 bilion tan ditemukan di Indonesia. Indonesia kaya dengan `khazanah’ sumber galian emas yang kebanyakannya ditemukan di wilayah nusa tenggara di negara itu.

Salah satunya ditemukan di perlombongan Onto yang terletak di kawasan Hu’u di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat.

Lapor portal CNBC Indonesia, hasil galian emas berjumlah kira-kira dua bilion tan ditemukan di kawasan tersebut.

Hasil galian emas lebih 2 bilion tan ditemukan di Indonesia

Sumber galian emas itu ditemukan oleh syarikat perlombongan yang dikenali sebagai PT Sumbawa Timur Mining (PT STM).

Dilaporkan, PT STM mempunyai kontrak di perlombongan Onto sejak tahun 1998, yang bermakna syarikat itu menjalankan kerja-kerja meneroka selama 24 tahun.

Pengarah STM, Bede Evans berkata, potensi sumber mineral ditemukan di perlombongan Onto merupakan sebahagian Projek Hu’u yang dimiliki oleh PT STM.

Katanya, projek itu ditandatangani oleh kerajaan Indonesia pada 19 Februari 1998.

Sebanyak 80 peratus saham STM dipegang oleh Vale SA melalui Eastern Star Resources Pty Ltd manakala selebihnya dimiliki oleh PT Antam Tbk.

“Ketika ini, pasukan jurutera kami masih sedang mengembangkan pelbagai pilihan bagaimana projek Hu’u ini boleh dibangunkan menjadi projek perlombongan pada masa hadapan,” katanya.

Laporan terakhir dikemukakan oleh syarikat itu pada April 2022 menyatakan pihaknya masih menjalankan aktiviti penerokaan di kawasan tersebut.

Jelas laporan itu, aktiviti penerokaan dalam bentuk penggerudian dijalankan bagi meningkatkan status sumber.

Baca Lagi:
Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif
Duit kertas ringgit Malaysia diperbuat daripada lemak babi?, ini jawapan bekas Mufti Wilayah
Ibu dipandang hina kerja kilang, sekali bila tunjuk ‘slip gaji’ buat ramai terkejut