‘Hari jadi yang bermakna’- Reaksi atuk naik kereta tanpa pemandu raih perhatian ramai. Perkhidmatan e-hailing tidak hanya berfungsi sebagai penyelesaian pengangkutan, malah ia juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.
Perkhidmatan seperti ini memudahkan pergerakan ke destinasi yang hendak dituju, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan peribadi.
Seiring dengan perkembangan zaman, penggunaan kereta tanpa pemandu dalam perkhidmatan e-hailing kini semakin meluas di luar negara. Ini menawarkan pengalaman baru yang menarik kepada mereka yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut.
Mula-mula rasa takut, reaksi atuk teruja naik kereta tanpa pemandu curi tumpuan
Menurut video yang dikongsikan oleh LADbible Ireland, reaksi seorang lelaki berusia 81 tahun ketika kali pertama menaiki kereta tanpa pemandu menjadi viral dan menarik perhatian warganet.
Difahamkan, perkhidmatan itu ditempah oleh seorang wanita bernama Amanda yang dipercayai ahli keluarga terdekat lelaki tersebut.
Pada awalnya, lelaki berkenaan bersama seorang rakan dan Amanda menunggu ketibaan kereta tanpa pemandu di tepi jalan.
Apabila mereka memasuki kereta, warga emas itu segera menyedari sesuatu yang pelik apabila tiada pemandu di tempat duduk pemandu.
“Macam tak percaya. Polis akan melihat semua ini,” ujarnya.
Sepanjang perjalanan, warga emas tersebut kelihatan teruja namun pada masa yang sama sedikit cemas dengan pengalaman yang dilaluinya. Ketika mereka menghampiri kawasan persimpangan, lelaki tersebut menjadi ragu-ragu dan khuatir jika kereta berkenaan melanggar apa-apa objek di luar.
Sempat memuji kecekapan kenderaan tersebut
Namun, dia berasa kagum apabila kereta itu dapat membelok dengan lancar, manakala rakannya masih kelihatan panik dan keliru.
“Saya takkan lupa perkara ini. Takkan. Kereta ini melakukan kerja yang cekap berbanding pemanduan manusia.
“Apa yang sedang berlaku kepada dunia ini?” katanya lagi.
Video tersebut turut memaparkan reaksi mereka apabila kenderaan yang dinaiki menuju ke arah lampu isyarat. Mulanya, dia meluahkan rasa bimbang jika kereta tersebut tidak akan berhenti atau melanggar kereta di hadapan. Namun, dia merasa lega apabila mendapati kereta itu mula membrek dan berhenti pada jarak selamat di belakang kenderaan yang lain.
Datuk berusia 81 tahun merasakan harinya menjadi lebih bermakna
“Awak buatkan hari saya lebih bermakna,” katanya kepada Amanda.
Lelaki tersebut turut memuji kenderaan itu kerana mampu berada di lorong yang betul dan membelok dengan sempurna walaupun tidak dikendalikan oleh manusia.
@patriotickenny Riding in a self-driving car was an experience of a lifetime! Part 2 coming because it was too long! @officialwaymo #waymo #arizona #seniorcheck #selfdrivingcar #autonomouscar #blizzard #navyvet ♬ original sound – patriotickenny