“Hari-hari cina mari makan, macam mana boleh kata tak sedap?”- Peniaga tak puas hati Influencer bagi rating rendah. Seorang pengusaha restoran mengungkapkan ketidakpuasan hatinya kerana makanan yang disediakan oleh restorannya dikatakan tidak sedap seperti yang diperbincangkan oleh orang ramai.
Pengusaha restoran kecewa dengan penarafan rendah?
Difahamkan, seorang ‘influencer’ makanan yang terkenal, Jason, telah mengunjungi restoran tersebut dan memesan hidangan utama yang menurut pengikutnya sangat sedap.
Namun, Jason mengungkapkan rasa kecewa kerana mendapati makanan tersebut tidak sedap dan memberikan penilaian yang agak rendah.
Berikutan itu, pengusaha berkenaan tampil memberi respon mengenai ‘reviu’ Jason itu di TikTok.
Pengusaha tersebut mengatakan, restorannya sering dikunjungi oleh pelbagai jenis kaum termasuk banyak pelanggan dari kaum Cina.
View this post on Instagram
“Kalau ramai orang Cina datang makan, bermakna restoran ini sedap, betul tak? Setiap hari ramai pelanggan Cina datang makan di kedai saya, ada apa-apa masalah?” katanya.
Beliau menambah lagi bahawa hidangan yang disajikan di restorannya sesuai untuk semua orang dan menawarkan pelbagai pilihan.
Pengusaha tersebut juga menanggapi kritikan Jason terhadap taufu yang tidak garing dengan menjelaskan bahawa mereka sengaja tidak memasaknya terlalu lama agar tidak menjadi hangit.
@abangetocarimakan Makan asam ramen by @Asam Ramen yang viral & penuh kontroversi resepi otai foodie. Ada yang pernah cuba? #asamramen #asamramenbyaim #asamramenjason ♬ original sound – Abang Eto🍽️🍝🍔😋
Jason mengkritik taufu saya, kata tidak garing? Kalau saya goreng sampai crispy, pasti hangus.
Menyelidik ke ruang komen, respons pengusaha restoran itu tidak mendapat sambutan yang baik daripada netizen kerana kebanyakan memihak kepada Jason.
“Adoi, kenapa hang koyak? Ini sebabnya ulasan wujud, bro. Kalau semua hendak ikut tekak hang, hang makan sendiri saja. Tak boleh nak ditegur. Melenting jadi yang paling teruk,” komen seorang netizen.
Namun, ada juga yang menasihati pengusaha itu untuk menerima kritikan dari Jason sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti masakan pada masa akan datang.