Harga turun RM2 sekilogram, ayam segar di Johor tak laku

Photo of author

By Joe

Harga turun RM2 sekilogram, ayam segar di Johor tak laku. Harga ayam segar di beberapa daerah negeri ini telah turun sebanyak RM2 kepada RM7.20 sekilogram sejak minggu lalu, berikutan lambakan bahan mentah tersebut.

Harga ayam segar sebelum ini kekal pada RM9.20 sekilogram sejak bulan Jun lalu.

Tinjauan di pasar mini sekitar Pontian mendapati ayam segar kini dijual pada harga RM7.20 sekilogram, berbanding RM9.20 tiga bulan lalu.

Harga turun RM2 sekilogram, ayam segar di Johor tak laku

Peniaga ayam, Faizal Abdullah, 53, berkata penurunan harga ayam segar sebanyak RM2 sejak minggu lalu disebabkan harga yang diterima daripada pembekal juga lebih murah berbanding sebelum ini.

Namun, menurutnya, penjualan ayam segar tidak lagi serancak seperti sebelum ini, terutama ketika musim perayaan atau cuti sekolah, menyebabkan berlaku lambakan ayam segar di pasaran.

“Walaupun harga ayam segar kini lebih murah RM2, pembelian runcit oleh pengguna masih terus berkurangan dan semakin merosot.

“Mungkin orang ramai berjimat-cermat menyebabkan jualan bahan mentah, termasuk ayam segar, kini agak perlahan.

“Saiz ayam yang diterima daripada pembekal juga lebih kecil, dengan puratanya hanya seberat 1.1 kg setiap ekor berbanding sebelum ini.

“Jika dahulu peniaga ayam, termasuk saya, mampu menjual antara 250 hingga 300 ekor sehari, kini nak jual lebih 150 ekor pun sukar,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pekerja swasta, Nor Azura Mohd Amin, 36, berkata sebagai pengguna, dia berasa lega apabila harga bahan mentah utama seperti ayam turun.

Katanya, diharapkan harga ayam segar akan kekal rendah dan tidak mengalami kenaikan dalam masa terdekat.

“Sudah tentu pengguna rasa lega apabila harga bahan mentah utama seperti ayam turun harga selepas bekalannya stabil dan melebihi keperluan rakyat.

“Bagaimanapun, saya terpaksa mengehadkan pembelian ayam disebabkan kenaikan harga bahan mentah lain dan perlu berjimat,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita geli nak makan makanan sebab rider OKU yang hantar
Rupanya gaji Menteri Besar & Ketua Menteri di Malaysia lebih tinggi berbanding gaji Perdana Menteri
Bekas juruterbang Nuri tak sangka menang RM1 juta