Harga terkini nombor siri pendaftaran GOLD 999 dibida RM29,999, masa bidaan akan tamat 5 Februari 2024

Photo of author

By Joe

Harga terkini nombor siri pendaftaran GOLD 999 dibida RM29,999, masa bidaan akan tamat 5 Februari 2024.Nombor siri pendaftaran istimewa, GOLD 999 yang baru dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bidaan bermula pukul 12 tengah malam (semalam) 1 Februari kini telah mencecah harga tertinggi RM29,999.

Tinjaun di aplikasi JPJeBid hari ini menyaksikan, sehingga pukul 12.43 tengah hari tadi, tiga bidaan tertinggi telah mencatatkan harga nombor pendaftaran tersebut kini telah mencecah RM29,999.

Nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.

Harga terkini nombor siri pendaftaran GOLD 999 dibida RM29,999, masa bidaan akan tamat 5 Februari 2024

Penawaran NPI siri GOLD ini juga merupakan sebahagian usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi melaksanakan inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA.

Pendaftaran ini telah dibuka pada hari ini bermula pada pukul 12.00 malam dan ditutup pada 5 Februari 2024 (Isnin) pukul 10.00 malam, sementara keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024.

Harga bidaan bermula dari RM300 untuk nombor biasa, diikuti RM800 (nombor popular), RM3,000 (nombor menarik) dan RM20,000 (nombor bernilai utama).

Baca Juga:
“Aku kena tipu dengan mak sendiri, suruh mak simpan semua duit bisnes, sekali habis dibelanja barang kemas dan diberi kepada anak kesayangan”
Sekolah guna khidmat anjing pengesan hidu pelajar hisap vape dalam kawasan sekolah
Ada harga ke?, kulit limau kering 60kg disimpan dalam balang kaca sejak 20 tahun lalu dijadikan mas kahwin