Harga makanan di kedai makan masih mahal walaupun semua harga barang sudah turun

Photo of author

By Joe

Harga makanan di kedai makan masih mahal walaupun semua harga barang sudah turun. Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dilaksanakan Bank Negara sejak tahun lalu berjaya menstabilkan semula tekanan inflasi negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan kadar inflasi semasa yang akan diulas beliau pada Rabu ini, kebanyakan segmen barangan dan perkhidmatan telah menunjukkan penurunan harga.

Harga makanan di kedai makan masih mahal walaupun semua harga barang sudah turun

Begitupun, beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini hari ini memberitahu, satu-satunya segmen masih tidak turun ialah harga makanan yang dijual di premis makanan.

Sehubungan itu, Rafizi menyarankan peniaga premis makanan membantu mengurangkan beban sara hidup rakyat dengan menurunkan semula harga jualan mereka.

Tambah beliau, harga makanan yang dijual tersebut perlu sejajar dengan kos bahan mentah yang sudah mengalami penurunan.

Baca Lagi:
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
Wanita ini senyum je dicerai talak 3 melalui WhatsApp, rupanya…
Semua perbelanjaan keluarga isteri tanggung, sampailah aku nampak slip gaji isteri terus aku termenung panjang..