Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan. Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.

Beliau berkata, pihaknya mengandaikan peningkatan harga berasaskan ayam akan berlaku disebabkan permintaan yang tinggi.

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

“Tidak dinafikan, harga ayam yang mahal hingga mencecah lebih RM9 hingga RM11 sekilogram menjadi tular dalam kalangan pengguna telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.

“Harga ayam turun sedikit selepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Mohamad Yusrizal, beliau mendapati kebanyakan tapak bazar di negeri ini seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh berikutan telah disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.

“Jadi, kemungkinan ada peniaga menyewa tapak bazar ini merancang menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam percik dan ayam golek. Jadi, permintaan tinggi dan kenaikan harga berlaku,” katanya.

Ketika mengulas mengenai harga makanan lain, Mohamad Yusrizal menyatakan Cake belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan keperluan lain selain makanan berasaskan ayam.

Beliau bagaimanapun menegaskan, jangkaan berkenaan bukanlah untuk mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna, sebaliknya berharap pihak berwajib bersedia sekiranya berlaku kenaikan harga ini.

Baca lagi:

Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit

Selepas Pejuang hilang deposit, Mukhriz dedah punca kalah teruk

Rompakan bank di Puchong, pengawal keselamatan maut ditembak

Leave a Reply

Your email address will not be published.