Harga getah naik zaman kerajaan Madani, penoreh getah gembira dapat RM10,000 sebulan

Photo of author

By Joe

Harga getah naik zaman kerajaan Madani, penoreh getah gembira dapat RM10,000 sebulan. Pekebun kecil dan penoreh getah kelihatan sedang mengukir senyuman kesyukuran kerana menikmati pendapatan yang meningkat.

Seorang pengguna Facebook, Desa HM, menerusi hantaran beliau berkata, harga getah pada zaman kerajaan Madani ini jauh lebih baik.

“Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Madani. Zaman ini harga jauh lebih baik.

Harga getah naik zaman kerajaan Madani, penoreh getah gembira dapat RM10,000 sebulan

“Bayangkan, dalam tiga hari menoreh (getah) dapat lebih 300 kg. Kalau tidak, dengan RM4.00 dah ada RM1,200.
“Itu baru tiga hari. Kalau dapat penuh, tak ada cuti… fuhhh… sama macam gaji gred 56,” tulisnya.

Beliau berpendapat kesan daripada kestabilan politik serta kompetensi kerajaan, akhirnya semua lapisan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Yang dok meroyan kata ekonomi teruk ni, puak walaun pemalas je.

“Pagi-pagi sembang kedai kopi, balik rumah tonggak ayaq ketum.

“Lepas tu maki PMX, tak reti urus ekonomi…” tempelaknya lagi kepada penyokong Perikatan Nasional (PN).

Baca Lagi:
Rupanya ini fungsi sebenar butang TCS pada kereta yang ramai orang tak tahu
Ramai yang tak tahu, ini sebab kenapa van sekolah perlu dicat warna kuning
4 perkara yang perlu dibuat jika bermalam di hotel, no.4 paling ramai yang risau…