Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam

Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam

Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam. Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India, Ramesh Rao menggesa kerajaan supaya mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas jam 10 malam.

Ujar beliau, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan diambil secara berlebihan dan menyebabkan risiko berlakunya kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan aktiviti jenayah.

Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam

“Selain itu, pengharaman tersebut bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan sia-sia serta boleh membahayakan diri sendiri.

“Pada usia muda yang masih produktif, mereka mesti digalakkan melakukan aktiviti yang membantu diri sendiri dan keluarga bukannya diarahkan kepada meminum arak,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ulas Ramesh, langkah berkenaan pasti akan memberikan kesan jangka panjang yang positif kepada masyarakat dan keluarga kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol yang amat membimbangkan.

Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam

Menurutnya, sebagai langkah permulaan, pihak kerajaan tempatan boleh mengenakan larangan tersebut di premis runcit yang beroperasi dalam kawasan seliaan mereka.

“Jika ada usaha atau langkah untuk menyekat penjualan arak, bukan sahaja institusi keluarga akan lebih baik malahan juga kesihatan juga akan dapat dijaga daripada terkena pelbagai jenis penyakit menyebabkan alkohol,” ujarnya.

Jelasnya, larangan itu bukan sahaja membawa kebaikan terhadap golongan kaum India tetapi juga kepada masyarakat lain yang meminum alkohol supaya kebaikan diri mereka lebih terjamin.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Lagi:
Gadis 12 tahun hamil 8 bulan, terpaksa korbankan masa muda menggalas tanggungjawab besar
Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari
‘Lama menyepi’,- Ini keadaan terkini pelakon terkenal Jue Aziz yang berusia 39 tahun masih cantik dan manis
CATEGORIES