Hanya satu ujian teori pengambilan lesen kereta dan motosikal

Hanya satu ujian teori pengambilan lesen kereta dan motosikal

Hanya satu ujian teori pengambilan lesen kereta dan motosikal. Tidak lama lagi, ujian teori untuk mereka yang ingin mendapatkan lesen kereta dan motosikal akan diseragamkan semula, lapor The Star. Menteri pengangkutan, Anthony Loke dipetik berkata bahawa ramai pemandu dan penunggang menyatakan mereka terpaksa mengambil ujian teori untuk lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan sebelum ini.

“Ini tidak seperti dulu, di mana kita hanya perlu melengkapkan ujian teori sekali sahaja untuk kedua-dua lesen. Saya rasa kita boleh ringkaskan untuk mengurangkan beban orang ramai,” kata Loke dalam satu temu ramah radio semalam sambil menambah bahawa satu cadangan sudah pernah beliau hantar semasa bertugas sebagai menteri pengangkutan pada tahun 2018.

Hanya satu ujian teori pengambilan lesen kereta dan motosikal

Mengikut peraturan sekarang, sesiapa yang ingin mengambil lesen kereta atau motosikal secara berasingan mestilah melepasi dua kali ujian teori, iaitu satu untuk setiap lesen. Ujian teori ini melibatkan 50 soalan dan calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 42 soalan dengan betul untuk lepas, sementara jika mengambil ujian untuk dua lesen secara serentak, ia melibatkan 70 soalan dan calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 59 soalan dengan betul.

Sementara itu, Loke turut menambah bahawa satu kenyataan akan dibuat tidak lama lagi berkenaan penambahan tempoh sah lesen memandu warga Malaysia, di mana pada waktu ini, ia ditetapkan pada lima tahun.

Pada bulan Februari yang lalu, Loke memberitahu bahawa tempoh sah maksimum selama 10 tahun sedang dipertimbangkan. Buat masa sekarang, pembaharuan lesen melibatkan bayara RM30 setiap tahun bagi lesen memandu kelas D, dengan tempoh minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun.

Baca Lagi:
Cara mudah nak hilangkan ‘watermark’ pada cermin kereta, guna 3 bahan ni je
Jangan basuh telur selepas beli, ini penjelasan doktor
Penyanyi tempatan didakwa pukul anak angkat kerana mahu solat tarawih
CATEGORIES