Hanya ada 1 dalam dunia, batu pertama memiliki warna menusuk kalbu dijual RM161 juta

Hanya ada 1 dalam dunia, batu pertama memiliki warna menusuk kalbu dijual RM161 juta

Hanya ada 1 dalam dunia, batu pertama memiliki warna menusuk kalbu dijual RM161 juta. Batu delima terbesar dilelong di New York dengan jumlah rekod jualan AS$34.8 juta (kira-kira RM161.4 juta).

BBC melaporkan Sotheby’s, yang melelong permata 55.22 karat itu menyifatkan ia sebagai permata hanya ada sekali dalam seumur hidup.

Batu permata sudah digilap itu asalnya dalam bentuk kasar adalah seberat 101 karat apabila ditemukan tahun lalu di sebuah lombong di Mozambique, di mana terdapat simpanan batu delima yang meluas di tanah utara negara itu.

Hanya ada 1 dalam dunia, batu pertama memiliki warna menusuk kalbu dijual RM161 juta

Permata yang jarang ditemukan itu digelar Estrela de Fura, yang bermaksud Bintang Fura dalam Bahasa Portugis, dinamakan sempena lombong di mana ia ditemukan.

Ketua Sotheby’s Jewellery di New York, Quig Bruning berkata, dia terus terpesona apabila pertama kali melihat batu permata itu.

“Dengan saiznya yang tidak pernah berlaku dilihat sebelum ini, memiliki warna menusuk kalbu dan tahap ketelusan serta kejelasan optik juga jarang terjadi.
“Ia benar-benar layak mendapat harga yang memecahkan rekod hari ini, kerana ia kini menyertai barisan batu permata paling legenda di dunia,” katanya.

Bruning berkata, sebahagian daripada hasil penjualan Estrela de Fura diperuntukkan untuk menubuhkan sebuah akademi yang menyediakan latihan teknikal dalam bidang perlombongan, kejuruteraan, pertukangan dan pertanian.

Lombong delima Mozambique Fura terletak di daerah Montepeuz di wilayah Cabo Delgado, di mana terjadinya pemberontakan militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Cabo Delgado adalah satu daripada kawasan termiskin di Mozambique, tetapi ia kaya dengan sumber mineral yang belum diterokai.

Penganalisis berkata pemberontakan yang bermula pada 2017, didorong oleh kekecewaan mengenai kekurangan pekerjaan tempatan.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu, rupanya ini 7 pekerjaan yang gaji paling mahal di Malaysia, kalau nak boleh cuba..
Lelaki berdoa minta malaikat Jibril turunkan duit dari langit nak bayar kos pembinaan masjid
1000 pekerja Grab bakal diberhentikan
CATEGORIES