Hanya 5 golongan ini yang diberi kuasa untuk pegang dan simpan kad pengenalan anda

Photo of author

By Joe

Hanya 5 golongan ini yang diberi kuasa untuk pegang dan simpan kad pengenalan anda. Isu kad pengenalan dipegang dan disimpan oleh orang lain boleh dikatakan sudah lama berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Manakan tidak, ada sesetengah bangunan meminta pelawat untuk menyerahkan kad pengenalan di pondok terlebih dahulu sebelum memasuki premis.

Mungkin atas faktor keselamatan, pihak apartmen atau kondominium meminta pelawat untuk meninggalkan kad pengenalan diri dan mengambilnya semula sebelum pulang.

Hanya 5 golongan ini yang diberi kuasa untuk pegang dan simpan kad pengenalan anda

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai risiko yang datang jika kita meninggalkan kad pengenalan di tangan orang sembarangan.

Kad pengenalan merupakan ‘dokumen’ yang sangat penting dan boleh dieksploitasi bagi kegunaan jenayah. Pernah ada sindiket penjualan kad pengenalan palsu yang hanya bernilai sekitar RM200.
Selain itu, terdapat kes warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya bermodalkan RM200.

Hanya lima golongan yang diberi kuasa untuk pegang dan simpan kad pengenalan orang lain
Oleh itu, marilah kita mengenali beberapa golongan yang diberi kuasa untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan kita.

Perkara ini selaras dengan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa.

Polis Diraja Malaysia menerusi hantarannya di Facebook, telah menjelaskan beberapa individu yang diberikan kuasa untuk berbuat demikian.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik bersama hantaran tersebut, lima golongan yang dibenarkan untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan milik orang lain, iaitu:

1. Pegawai polis
2. Pegawai pendaftaran
3. Pegawai kastam
4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

Selain daripada individu-individu di atas, mereka tidak mempunyai hak untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan anda yang sepatutnya menjadi satu dokumen yang sulit.

“Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.” tulis PDRM dalam infografik.

Baca Lagi:
Puasa dah dekat, ini senarai Kurma dari Israel yang dijual di Malaysia
“Alasan suami curang sebab rimas tengok aku dah tak cantik macam dulu, lepas 7 bulan aku balas dendam sampai dia menangis tengok keadaan aku..”
Maksud sebenar penggunaan istilah BTE pada IC yang ramai tak tahu