Hanya 4 hari pantang sudah sihat, Dr Amalina dedah rahsia amalan

Hanya 4 hari pantang sudah sihat, Dr Amalina dedah rahsia amalan

Hanya 4 hari pantang sudah sihat, Dr Amalina dedah rahsia amalan. Selepas ramai yang kagum kecergasannya selepas 4 hari bersalin, Dr. Amalina akhirnya mendedahkan rahsia kesihatannya.

Pakar Bedah terkenal, Dr. Nur Amalina Che Bakri, minggu lalu berkongsi gambar bersama puterinya, Arabella Mia keluar berjalan-jalan sekitar London ketika dalam pantang bersalin.

Apa yang menjadi perhatian, Dr. Amalina kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baru sahaja memasuki hari keempat tempoh berpantang selepas bersalin anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya meminta petua tentang amalan yang dilakukannya supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.

Hanya 4 hari pantang sudah sihat, Dr Amalina dedah rahsia amalan

Dr. Amalina berkata, hari ini telah berkongsi tip-tip berkaitan atas permintaan ramai yang bertanya tentang penjagaan diri yang diamalkannya selepas bersalin.

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” katanya.

Makan secara sederhana dan tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan, antara rahsia Dr. Nur Amalina sihat selepas empat hari berpantang.

Menurutnya, intensiti aktiviti seharian juga boleh ditingkatkan secara beransur-ansur dan elakkan mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi selama enam minggu.

“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran, buah serta kurangkan garam, gula dan minyak.

“Minum air kosong 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti air boba dan milo,” katanya melalui perkongsian di Instagram.

Jika bersalin secara normal tanpa komplikasi pula katanya, ibu-ibu boleh mulakan senaman ringan sekiranya sudah bersedia.

“Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Anda digalakkan menunggu enam minggu sebelum mulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari.

“Jika pendarahan (lochia) bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukannya secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan dapat banyak rehat,” katanya.

Bagi penjagaan bahagian perineum, Dr. Amalina menasihatkan supaya ia dibasuh dengan air mengikut turutan dari depan ke belakang dan dilap sehingga kering setiap hari.

“Tukar maternity pad setiap tiga ke empat jam. Jika bersalin melalui C-section, bersih dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam kapas.

“Ambil ubat penahan sakit (paracetamol atau ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation,” kongsinya.

Baca Lagi:
Dulu kawan selalu hina kebun kecil tapi mahu jadi jutawan, sekarang umur 23 dah boleh bayar gaji kalah menteri
Rupanya ini sebab kenapa dilarang campur duit kertas dan duit syiling dalam satu bekas
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
CATEGORIES