Hanya 3 minit boleh dapat sale RM1.9 juta, ini 5 perkara yang kita boleh ikut daripada kejayaan Khairul Aming

Hanya 3 minit boleh dapat sale RM1.9 juta, ini 5 perkara yang kita boleh ikut daripada kejayaan Khairul Aming

Hanya 3 minit boleh dapat sale RM1.9 juta, ini 5 perkara yang kita boleh ikut daripada kejayaan Khairul Aming. Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas ramai yang terinspirasi dengan kejayaan Khairul Aming menghasilkan jualan mencecah lebih RM1.19 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat. Tidak kurang juga yang meletakkan beliau sebagai idola dalam dunia bisnes.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh hasil hampir sedekad penat lelah, terdapat pelbagai ilmu dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada Khairul Aming.

Pada kali ini, Faiz Azizan selaku individu yang aktif berkongsi mengenai ilmu bisnes dan pemasaran tampil berkongsi tiga pengajaran bisnes yang boleh kita pelajari daripada kejayaan Khairul Aming. Berikut merupakan ulasan penuh daripada beliau.

Hanya 3 minit boleh dapat sale RM1.9 juta, ini 5 perkara yang kita boleh ikut daripada kejayaan Khairul Aming

Disebutkan oleh sebahagian ulama’, salah satu waktu doa mustajab apabila melihat saudara kita mendapat nikmat. Justeru ini juga salah satu metode untuk kita elakkan hati dari pandangan ain. Tahniah diucapkan kepada saudara Khairul Aming atas pelancaran produk kedua beliau.
Rata rata rakyat Malaysia menyokong beliau lantaran peribadi yang sederhana ala konsep stoicism Marcus Aurelius apabila menggunakan Bezza walaupun syarikat telah menghasilkan jualan puluhan juta setahun.

Dari sudut yang lain, beliau antara pempengaruh yang mengutamakan pelajaran berbanding sesetengah yang masih wujud pemikiran dangkal.

Seperti ramai yang maklum. Khairul Aming sudah pun membuat ribuan konten video yang menarik di sepanjang karier beliau. Namun, paling penting sekali adalah apa input yang boleh kita belajar dari case study Khairul Aming

1. Fokus satu perkara pada satu masa.

Jika dilihat secara umum, sudah tentu Khairul Aming mampu untuk membina server beliau sendiri tetapi dengan cara menggunakan platform pihak ketiga atau 3rd party seperti TikTok, beliau sudah menyahfikirkan beberapa perkara.

Tidak perlu fikir mengenai teknikal dan biarkan pihak platform yang uruskan semua. Boleh berunding atas kapasiti tertentu.
Memudahkan pelanggan membuat pembelian di platform mobile commerce. Sebenarnya, ini lebih memudahkan proses dalam rangka Cost-Benefit Analysis.

2. Membina MOAT beliau sendiri

Konsep MOAT dipopularkan oleh Charlie Munger bersama Warren Buffet dalam mereka menilai syarikat. Contohnya apa yang anda terbayang bila orang sebut ubat gigi, tentunya Colgate.

Itu contoh MOAT yang menunjukkan sesebuah jenama mempunyai ‘competitive advantage’ dalam industri. Kemudian, seorang penganalisa terkemuka iaitu Michael Moubassin telah menulis banyak kertas kajian mengenai MOAT.

Dan penulis mengadaptasi konsep MOAT dalam konteks dunia digital masa kini.

Memiliki trademark untuk perlindungan jenama serta ‘crowd fans’ yang besar. Kilang sendiri yang boleh membantu produksi dalam terma ‘economies of scales’.

Jika dilihat, ini sudah pun disusun awal oleh beliau dan MOAT sebegini memberikan beliau banyak ‘freedom’ untuk bermain di pasaran selepas ini.

3. Work on the flow

Perhatikan cara beliau menyusun strategi untuk melancarkan produk. Semuanya kelihatan teratur dan berkualiti tinggi. Jikalau ada masa cuba kaji beberapa persoalan berikut.

Jenis konten video yang diketengahkan, standard quality content yang dihasilkan dan juga masa beliau ke udara untuk live.

Mungkin selepas ini beliau akan berkongsi dari semasa ke semasa mengenai pengeposan dendeng dan mungkin juga akan ada video postmortem untuk memperbaiki beberapa hal yang perlu.

4. Melabur semula ke dalam perniagaan sendiri.

Kalau dilihat kepada laporan kewangan yang lalu, terdapat retained earning yang lumayan dan dikhabarkan beliau telah melabur semula modal tersebut ke dalam bisnes semula.

Memaklumkan kesemua kelengkapan dibeli secara tunai, dijangka keuntungan tahun mendatang dijangka semakin meningkat. Walaubagaimanapun, cabaran yang mendatang tentu datang daripada persaingan pasaran makanan itu sendiri.

Walaupun ada pendapat mengatakan mempunyai pelabur atau guna pinjaman lebih bagus dan sebagainya tetapi hujung cerita, ia bergantung atas kehendak pemilik bisnes. Ada sesetengah orang yang mahu tidur lena tanpa memikirkan hutang.

5. Play in ‘circle of competences’

Circle of competences merujuk kepada konsep Mental Model dipopularkan oleh Munger dimana beliau amat menitikberatkan autoriti seseorang dalam bidang tersebut.

Perkara yang sukar kita lakukan sebenarnya bermain di padang sendiri. Punca object syndrome kerap mempengaruhi hidup kita. Sekali nampak peluang lain, terus terkam asbab Fear Of Missing Out (FOMO) kemudian terkandas sendirian.

Dari satu sudut yang lain, tentunya lebih ramai akan turut menjual ‘dendeng’. Sama sekali tidak salah untuk turut serta hanya perlu pastikan ianya selamat dan tahu game anda.

Semoga penulisan ini memberi input sedikit sebanyak kepada usahawan di luar sana supaya lebih ramai usahawan kita berjaya. InshaAllah.

Baca Lagi:
Tolong berhenti main telefon pintar selepas pukul 11 malam, ini sebabnya
Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu
“Ayah gatal nak mengorat janda tapi masalahnya janda tu kawan mak aku”
CATEGORIES