“Hantu kena fitnah”- Peniaga terkejut nasi goreng baru dimasak dah basi dalam termos bekas makanan. Sebuah video yang viral di media sosial Indonesia menunjukkan seorang peniaga nasi goreng yang keliru kerana hidangan yang baru dimasak menjadi basi, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Kejadian ini berlaku di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan.
Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, peniaga tersebut memperlihatkan nasi goreng dalam jumlah besar yang disimpan di dalam sebuah termos besar.
Menurutnya, walaupun nasi goreng itu baru dimasak, tiba-tiba menjadi basi.
Nasi goreng yang baru dimasak itu menjadi lembik dan berlendir.
Peniaga itu hairan kerana nasi goreng lain yang dimasak pada waktu yang sama dan disimpan di dalam termos yang berbeza masih dalam keadaan baik.
“Lihatlah, nasi goreng yang baru dimasak ini menjadi basi, mungkin disebabkan oleh perbuatan hantu (makhluk halus). Semoga perniagaan kami terjaga daripada orang yang iri hati dan dengki serta segala bahaya,” demikian keterangan dalam video tersebut.
Video tersebut menjadi viral dan mendapat pelbagai komen dari netizen.
“Mungkin kerana anda menutup termos dalam keadaan nasi panas, itulah sebabnya ia menjadi basi dan mengeluarkan wap,” kata seorang pengguna media sosial.
“Anda sepatutnya meletakkan alas di bawah penutup termos itu dengan kain. Jangan hanya menyalahkan hantu,” kata netizen lain.
@norekasari88Naah yg handak malihat video nasi goreng uln yg basi atau linak atau kacak hantu jar urang bahari😭😭😭mudahan usaha kami di jauhkan dr orang iri dengki dan di jauhkan dr mara bahaya Aamiin Ya Allah🤲🏻🤲🏻mudahan keluarga aceeel selalu di lindungi Allah swt🤲🏻🤲🏻