“Hantar anak rumah pengasuh, makin hari anak jadi tak suka aku, rupanya pengasuh tu isteri pertama suami aku”. Aku Mariam. Umurku 25 tahun dan sudah berkahwin selama 5 tahun. Aku ingin membuat satu pengakuan tentang keadaan yang aku alami. Sejujurnya, aku sebenarnya tidak lagi mahu berjuang dalam perkahwinan seperti ini, tapi entah mengapa hatiku masih berharap ada sedikit keajaiban yang mengubah segalanya supaya kembali seperti dahulu.
Pada awal perkahwinan kami, kami dikurniakan seorang zuriat. Waktu itu semua orang kata seperti dalam dongeng. Tahun kedua perkahwinan, ketika anak kami hampir berusia setahun, kami diuji dari segi kewangan. Rumah sewa yang kami tempati, dengan bayaran bulanan hanya RM600, terpaksa kami jual kerana pemiliknya sudah bankrap.
Maka, kami sebagai pasangan terpaksa mencari rumah sewa lain. Rumah yang kami dapat sekarang ini, dengan bayaran bulanan antara RM1000 hingga RM1500, dan setiap tahun naik sebanyak RM100. Walaupun begitu, kami sudah rasa selesa dengan rumah ini, jadi kami biarkan sahaja tentang bayaran sewa. Lagipun, kami sekarang bekerja dan anak kami juga dalam keadaan baik dengan penjagaannya.
Pada mulanya, semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi sejak aku ada tugas luar negara, sikap suami dan anakku berubah. Suamiku makin dingin, dan anakku pula kalau aku di rumah sentiasa meminta aku hantar dia ke rumah pengasuh dengan menyebut pengasuh itu sebagai “Bonda” mereka.
Pengasuh yang aku pilih untuk anakku sejak umurnya dua tahun adalah pengasuh yang dicadangkan oleh ibu mertuaku. Alasannya pengasuh ini dipilih adalah kerana dia agak konservatif dalam hal agama.
Aku masih ingat sebelum memutuskan untuk menghantar anakku kepada pengasuh tersebut, ibu mertuaku turut menyertai aku dan suamiku untuk mengenali keluarga pengasuh itu, melihat anak-anak yang dijaganya, dan melihat keadaan rumah sama ada sesuai untuk anakku atau tidak.
Memanglah, rumah pengasuh itu bersih dan kemas, anak-anak yang dijaganya juga hanya dua orang berumur antara 5 hingga 6 tahun. Pengasuh ini sebaya denganku tetapi masa itu aku tidak tahu sama ada dia sudah berkahwin atau belum kerana ibu mertuaku sangat suka berborak, jadi tidak sopan untuk aku memotong pertuturan mereka.
Tahun berganti tahun, hari demi hari aku semakin tertekan. Anakku sendiri seolah-olah tidak menganggapku sebagai ibu yang melahirkan dia. Dia sentiasa merindukan pengasuh. Ketika cuti hujung minggu, aku sentiasa berusaha memberikan perhatian kepada anakku atau membahagiakan hatinya dengan menghabiskan masa bersamanya di luar rumah, tetapi yang keluar dari mulutnya adalah permintaan untuk bertemu dengan “Bonda”nya berulang kali sehingga akhirnya aku terpaksa meninggikan suara dan dia menangis.
Bukanlah aku bermaksud untuk terasa hati dengan anak-anak, tetapi aku percaya ramai ibu yang akan terasa jika anak mereka berperilaku demikian. Kemudian, suamiku pula berubah dengan cara yang agak drastik. Dia selalu mengajak anak kami solat bersama tetapi tidak pernah mengajakku, membaca al-Quran bersama anak kami, membersihkan rumah bersama anak kami, dan pelbagai lagi.
Mungkin ada yang akan berkata, baik juga suamimu berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini. Apa lagi yang boleh diharapkan? Tetapi setiap kali dia melakukan aktiviti dengan anak, dia pasti mengarahkannya kepada sindiran terhadapku dan anak kami, sering kali membandingkanku dengan “Bonda” kesayangannya.
Suamiku semakin tidak mahu berbicara denganku walaupun aku berusaha untuk berkomunikasi. Ya, kita perlu tahu apa masalahnya, jika masalah itu datang dari kita, kita boleh menyelesaikannya bukan? Tetapi jika tidak bercakap, bagaimana kita akan tahu. Dan, sejak dia berubah begini, dia semakin tidak mempedulikanku walaupun aku mencuba untuk bergurau atau dalam hal nafkah batin dan lahir.
Nafkah anaknya baik, tetapi aku tidak. Dia berkata kerana aku sudah mempunyai pendapatan sendiri. Yang paling drastik ialah ketika dia membawa anakku melawat pengasuh ketika cuti tanpa membawa aku. Aku benar-benar berusaha untuk ikut tetapi dia boleh meninggalkanku begitu saja sedangkan aku sudah bersiap-siap.
Alasan dia sebab anak aku nak sangat jumpa pengasuh dia. Time tu aku dah tak boleh husnuzon sah. Dan benda sebenar tu kantoi beberapa bulan lepas. Masa tu tah lah tergerak hati nak tido lambat. Masa tu pulak suami aku ni temankan anak aku tido kat bilik anak aku tu, yelah masa tu anak aku tengah demam.
Aku bukannya nak lepaskan everything kat dia, tapi anak aku bersungguh nak bapak di teman dia tido, jadi aku akurkan jer lah. Tiba – tiba masa aku lepas solat isyak macam tu, aku terdengarlah telefon suami aku ni berbunyi, bungi chat whatsapp.
Sepanjang kahwin aku memang tak pernah check pun phone dia sebab aku rasa benda tu privacy dia. Dia tak pernah check phone aku sebab dia kata dia percayakan aku, so aku buat benda yang sama tapi tak pada malam tu.
Aku memang terganggu dengan chat pada malam tu sebabnya suami aku ni jenis tegas. Kalau bab kerja pun kawan – kawan ke boss dia ke apa faham yang dia bukan jenis suka kalau family time dia terganggu lagi – lagi bukan waktu kerja.
Kalau benda tu privacy dia akan suruh call dan bukan chat. Mula – mula aku macam sabar lah tak nak nampak sangat yang aku ada prasangka bukan – bukan kat suami, tapi bila one of chat tu popup dia punya notification, aku terbacalah sikit dan one word yang buat aku terus buka chat phone suami tu si perkataan “sayang”. Siapa sayang dia kalau bukan aku?
Untuk stop aku punya overthinking aku terus buka chat dia. Dan yaaa… dia curang dengan aku. Aku tak sempat baca semua sebab lepas tu aku dengar dia cuba pulas pintu. Pintu bilik tu agak ketat sikit jadi kena pulas kuat sikit baru boleh bukak.
Time tu aku pun cepat – cepat tutup balik phone dia, letak balik kat tempatnya dan pura – pura tidur. Masa tu aku rasa luluh yang teramat. Apa yang kurang dengan aku sampai dia pilih untuk menduakan aku? Nak kata aku tak faham dia, hari – hari aku yang tanya keadaan dia macam mana, aku cuba dengar every masalah dia, bagi dia semangat, bab duit pulak aku tak pernah berkira,
Bab kebajikan dia and anak memang aku jaga rapi walaupun aku sibuk kerja, lepas balik kerja aku masak untuk dia dan anak, kemas rumah dan semuanya aku buat sebab nak mudahkan dia. Apa lagi??? Apa lagi tak cukup??
Barang aku semua aku beli sendiri. Aku tak mintak pun satu sen dari dia dan ini baIasannya?? Bila dia nampak aku tidur tu, dia terus cepat – cepat ambik phone dia dan keluar dari bilik. Lepas dia keluar tu aku terus nangis. Aku cuba istifar banyak – banyak tapi aku gagal. Dan aku betul – betul kecewa.
Setengah jam jugaklah aku nangis dan dia duduk luar bilik tak tahu ke mana dan buat apa. Bila dia masuk semula ke dalam bilik dan nampak aku tengah menangis, dia tanya aku “sayang baca chat b ke?”. Aku rasa masa tu aku nak jer tumbvk muka dia tapi aku pilih berdiam dan terus menangis.
Dia tanya berkali – kali sampai perkataan sayang dan b tu bertukar kepada aku dan kau. “Kau ni memanglah. Aku tak tahu masalah kau apa. Kan aku dah banyak kali pesan, jangan sentuh barang aku. Kau ni tak paham bahasa melayu ke apa,” last ayat dia cakap kat aku yang sampai sekarang aku ingat, lepas tu dia baIing telefon dia ke lantai sampai berkecai.
Dan waktu tulah aku teriak sekuat – kuat. Aku mintak dia ceraikan aku tapi dia tetap tak nak. Then aku tanya dia “b pilih sayang ke dia?”. Maka mulalah sesi berterus terang dia. Dia bagitahu aku, pengasuh tu lah scandal dia dan hubungan diorang bukan setakat scandal. Rupanya aku dimadukan dalam diam.
Mak mertua aku dan semua family suami aku tu pun tahu yang suami aku ni dah berbini dua. Yang paling s4kit ialah perempuan tu which is pengasuh tu bukan isteri kedua suami aku, tapi isteri pertama. Bermakna aku ni bini kedua dia.
Dia kata dia tak mampu nak ceraikan bini pertama dia walaupun bini pertama dia tu pilihan keluarga sebab bini pertama dia ada k4nser rahim dan tengah berjuaang untuk hidup. Sebab dia khawin dengan aku pulak adalah sebab zuriat. Aku rasa ditipu bertubi – tubi.
Aku kenal dengan suami sebelum kami buat keputusan untuk berkahwin ni dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi aku tak sangka bertahun – tahun bukannya masa yang cukup aku kenal suami aku betul – betul dan family dia.
Sekarang ni pulak hidup aku ibarat jasad kosong. Men4gih kasih anak dan suami tapi sering disisihkan. Bila bersuara pulak aku yang kena balik dengat ayat – ayat manusia terpaling Sempurna. – Mariam (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Sharifah Nuryasmin Jamalullail : Setakat suami curang, boleh tahan lagi. Tapi sampai men4gih kasih anak sendiri, ya Allah luluhnya hati. Moga Allah permudah urusan confessor, diberi ketenangan jiwa, moga bulan Ramadhan yang mulia ni Allah tautkan kembali kasih di antara anak dan ibu buat confessor.
Rizal Rodzuan : Bagi tau benda ni kat famili ko suruh bincang dengan famili dia. Ko masih nak stay ke dengan perkahwinan ni, tu point utama. Tapi paling penting ko kena r4mpas anak ko balik, bawa anak ko lari dari pengasuh tu biar dia anggap ko mak dia balik, mungkin dah dihasut kot sampai tak anggap ko mak dah.
Ae Vin : Disisih suami, boleh angkat kaki. Tp disisih oleh anak sendiri, tak dapat digambarkan. Beratnya dugaan anda. Dibulan yang mulia ini, saya doakan anda dapat kembali hak anda sebagai ibu. Jika berpisah akhirnya, semoga anda bertemu dengan insan yang sangat hargai anda dan bahagia selamanya. AMIN..