“Hancur lebur”- Wanita putih mata duit simpanan dimakan anai-anai dalam tabung besi. Seorang wanita mengalami kesedihan apabila wang simpanan selama dua bulan dalam sebuah bekas tabung besi dimusnahkan oleh anai-anai.
Melalui perkongsian di laman TikTok @madam_mama06, kesemua wang kertas dalam nilai RM50, RM20, dan RM10 dimakan habis, meninggalkan hanya not bernilai RM1 dan RM5 yang masih selamat.
“Semua wang hancur dimakan, tak tinggal langsung. Hancur betul, anai-anai makan yang besar-besar saja, yang kecil tak disentuh,” ujarnya.
Pengguna lain yang memberi komen turut bersimpati dengan kejadian malang tersebut dan mencadangkan untuk segera menukar wang yang rosak di bank.
“Boleh tukar di bank, saya pernah simpan dalam tabung buluh lagi teruk daripada ini. Duit simpanan untuk nikah, kawan nasihatkan supaya pergi bank tukar, penting ada nombor siri,” ujar @cardovacreative24.
“Saya pernah tukar duit yang rosak, dalam Bank Negara, saya tulis anggaran RM1,000. Selepas tiga bulan, bank hantar cek RM1,362, makmal boleh nilai jumlahnya,” kongsi seorang lagi pengguna.
“Anai-anai tak makan duit plastik kecil, dia makan kertas. Peti besi nipis akan berkarat, boleh tembus. Simpanlah di tempat yang selamat seperti bekas plastik ‘tupperware’, anai-anai suka tempat yang mudah berkarat,” kata @razianiyacob.
@madam_mama06Moga Allah swt gantikan rezeki utk my mom yg berlipat kali gandaa….♬ Crying, Woman – Authentic Sound Effects