Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga

Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga

Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga.

Seramai 49,606 kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak memperbaharui sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi gred G1 hingga G7 sejak 2018.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Mohamed Fadzill Hassan berkata, kontraktor pembinaan di beberapa negeri juga tidak berani menyertai tender pembinaan, termasuk projek kerajaan, bagi mengelakkan risiko kerugian akibat kenaikan harga simen dan besi.

Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga

“Banyak faktor diambil kira, bukan sahaja disebabkan kenaikan harga bahan binaan. Faktor modal kewangan kerana ada projek yang perlu dibuat dalam tempoh lima ke enam bulan akan datang, tetapi kenaikan harga tidak menentu perlu ditanggung oleh kontraktor.

“Apabila kontraktor masuk tender, letak harga tinggi tak dapat, tetapi kalau harga rendah cuma merugikan dan kontraktor sendiri yang perlu tanggung. Jadi rugi saja, baik tak perlu masuk tender,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Jumaat lalu, media melaporkan harga bahan binaan meningkat berbanding tahun lalu dan dijangka kekal tinggi dalam jangka sederhana berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan permintaan tidak seiring pengeluaran.

Fadzill berkata, kebanyakan kontraktor juga tidak sanggup masuk tender, khasnya melibatkan agensi kerajaan bagi mengelakkan projek tidak dapat dilaksanakan atau terbengkalai disebabkan kos tidak berpatutan dengan tempoh projek.

“Kebanyakan apabila tender agensi kerajaan keluar, tak ada kontraktor yang berani masuk dan mungkin satu atau dua saja yang sanggup membida.

“Contohnya projek itu dibida berjumlah RM50 juta, tetapi bahan binaan naik 20%, maka kos operasi naik sehingga RM60 juta. Jadi, takkan kontraktor nak buat projek yang dia boleh rugi sampai RM10 juta, bankraplah,” katanya.

Baca Lagi:

Senarai gaji artis Malaysia terkenal yang termahal sekali persembahan

Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya

Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang

CATEGORIES