Hampir 3 tahun didera, suami paksa isteri ‘jual diri’ RM1000 sejam di Instagram

Hampir 3 tahun didera, suami paksa isteri ‘jual diri’ RM1000 sejam di Instagram

Hampir 3 tahun didera, suami paksa isteri ‘jual diri’ RM1000 sejam di Instagram. “Hampir tiga tahun saya didera, cukup hina keluarga dan keturunan saya ya,” demikian luahan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa dera bekas suaminya.

Wanita itu menerusi perkongsian di Instagramnya berkata, selama menjalani kehidupan sebagai suami isteri, dia mendakwa dirinya dilayan dengan teruk dan kerap dibelasah oleh lelaki berkenaan tanpa belas kasihan sehingga timbul rasa trauma.

“Muka saya dipijak bertubi-tubi, dibelasah sampai hilang akal seminggu. Tetapi saya masih boleh bertahan. Tetapi jangan pernah kau pijak maruah keluarga dan keturunan saya.
“Dua kali saya bersalin seorang diri, pantang sendiri, rambut saya gugur pun kena marah. Uri anak tak ditanam, simpan dalam peti berminggu-minggu,” luahnya.

Hampir 3 tahun didera, suami paksa isteri 'jual diri' RM1000 sejam di Instagram

Menurut ibu kepada dua cahaya mata tersebut, segala bahan bukti seperti gambar serta video disimpan, selain empat laporan polis telah dibuat berhubung tindakan kasar bekas suaminya itu.

Selain itu, wanita tersebut nekad mahu menuntut bekas suaminya tampil memohon maaf kepada dia dan keluarga.

“Macam mana saya perlu melutut jilat kaki dia dulu, macam itu saya nak dia minta maaf pada ibu dan keluarga saya,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu berkongsi rakaman audio perbualannya bersama bekas suami yang meminta dia untuk ‘menjual diri’ semata-mata untuk membayar hutangnya.

“Bukan bermaruah sangat dah pun you (awak). You jual sajalah maruah you. You promote (promosi) dekat Instagram, satu jam RM1,000. Dapat duit, bagi kat I (saya). Apa susah?.

“I nak duit, susah ke nak bagi? You miskin eh? Boyfriend (kekasih) you pun miskin? Cakap dekat mak you, jangan mati cepat sangat. I nak kaya, I nak campak duit dekat muka dia,” minta lelaki tersebut ketika menghubungi bekas isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak polis segera menahan lelaki tersebut dan berharap agar tindakan sewajarnya dikenakan kepadanya.

Baca Lagi:
Dulu masa muda baik, sekarang masuk umur 50an gatal bercinta dengan betina sebaya anak kami
Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai
Sophia Albarakbah berpeluk dalam wayang dengan lelaki baru
CATEGORIES