“Haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi”- Gajah masuk rumah melawat tuanya yang sedang sakit raih perhatian ramai

“Haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi”- Gajah masuk rumah melawat tuanya yang sedang sakit raih perhatian ramai

“Haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi”- Gajah masuk rumah melawat tuanya yang sedang sakit raih perhatian ramai. Haiwan selalunya akan mengingati sesiapa sahaja yang berbuat baik padanya hingga ke akhir hayat. Dalam hal ini, gajah juga tidak terkecuali.

Tular di laman sosial seekor gajah melawati pemiliknya yang sedang terlantar sakit.

Video berdurasi 27 saat yang tular di laman sosial X itu meraih lebih 50,000 tontonan menyentuh hati ramai.

"Haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi"- Gajah masuk rumah melawat tuanya yang sedang sakit raih perhatian ramai

Ternyata ikatan jiwa antara haiwan itu dan penjaganya kuat, peristiwa mengharukan yang dipercayai berlaku di Indonesia.

Video tular itu memaparkan saat gajah itu memasuki bilik tuannya. Dengan langkah perlahan dan dipandu seseorang, gajah itu menghampiri katil pesakit di mana lelaki itu berbaring.
Kelihatan belalai gajah itu cuba membuka selimut untuk mencari tangan penjaganya.

Mamalia besar daripada keluarga Elephantidaea itu kemudian duduk manis di atas lantai bersebelahan katil.

Salah seorang ahli keluarga turut membantu belalai gajah itu menyentuh tangan penjaganya.

“Ini adalah saat penuh emosi untuk seekor gajah melawat tuannya yang sedang sakit,” kata kenyataan menerusi kapsyen yang dimuat naik.

Ketenangan haiwan itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai daripada warga maya.

@harianbebas Mesti sayang sangat2 🥲 #harianbebas #gajah #melawat #penjaganya ♬ original sound – Derayu Lirik

Ramai tertarik kerana ia seolah-olah memahami situasi dan mengasihi manusia. Ujar mereka:

– “Gajah adalah makhluk yang sangat sosial, melihat keluasan pintu rumah ini, nampaknya gajah sering keluar masuk rumah.”

– “Tulus kasih sayangnya, sepanjang hayat.”

– “Ajaibnya, beginilah haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi.”

Perkara ini tidak mustahil kerana gajah sememangnya mempunyai daya ingatan yang sangat baik.

Memorinya kuat kerana perlu mengingati sumber makanan dan air dalam jarak ratusan kilometer.

Dengan daya ingatan yang kuat, gajah boleh bertindak balas dengan gembira atau mengancam bergantung pada ingatan mereka terhadap seseorang.

Gajah juga dianggap sebagai salah satu haiwan yang paling bijak. Memori jangka panjang itu mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar dan boleh bertahan selama bertahun-tahun.

Antara haiwan yang memiliki otak terbesar, mamalia ini boleh mengingati pengalaman semasa bayi sepanjang hayat mereka.

Baca Lagi:
5 kes berprofil tinggi kanak-kanak hilang di Malaysia tanpa jejak hingga sekarang
Ramai yang masih belum tahu hukum jual beli haiwan yang haram dimakan, ini penjelasan Mufti
Zaman dah berubah, tak perlu beratur ambil no tunggu giliran, ini cara nak ‘renew’ lesen memandu secara online
CATEGORIES