“Wedding Gift Paling Mahal” – Sahabat baik bagi kambing sebagai hadiah perkahwinan

“Wedding Gift Paling Mahal” – Sahabat baik bagi kambing sebagai hadiah perkahwinan

Hadiah kambing di hari perkahwinan sahabat baik.”Sebenarnya saya tidak tahu nak hadiahkan apa buatnya dan akhirnya pilih kambing. Niat saya adalah untuk sedekah,” kata penternak lembu, Ahmad Zikri Mohamad Zuki.

Kisah Ahmad Zikri, 30, menghadiahkan kambing buat pasangan pengantin yang juga rakan baiknya, Muhammad Aiman Izham, 30, ketika hadir ke majlis mempelai itu menarik perhatian netizen selepas tular satu video di TikTok.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 580,000 tontonan.

@denhsx selamat pengantin baru sobat! #fy #pengantindapatkambin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Bercerita lanjut, Ahmad Zikri dari Kampung Tok Sin Mukim Bakai, Kuala Ketil, di sini berkata, dia diundang dan hadir ke majlis perkahwinan Muhammad Aiman semalam.

Disebabkan enggan datang dengan tangan kosong, Ahmad Zikri nekad membawa seekor kambing jantan berumur dua tahun untuk dihadiahkan buat Muhammad Aiman.

“Ayah saya baru meninggal dunia pada minggu lalu dan sebelum ayah pergi lagi, saya sudah simpan niat untuk hadiahkan rakan kambing pada majlis perkahwinannya.

“Lagipun, dulu saya ada pelihara kambing dan rakan saya itu yang tolong buat kandangnya.

“Mengenangkan pertolongannya dan persahabatan kami, saya hadiahkan kambing,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Zikri yang juga bapa dua anak berkata, dia pernah menyuarakan hasratnya itu kepada rakannya.

Bagaimanapun, rakannya itu mungkin menganggapnya berseloroh saja kerana jarang tetamu menghadiahkan pengantin haiwan.

“Dia ingat saya main-main agaknya atau datang membawa daging kambing yang sudah dimasak.

“Jadi, dia memang terkejut apabila ternampak saya datang membawa kambing.

“Tak sangka pula kisah itu tular kerana selain sedekah, niat saya adalah untuk beri pahala kepada bapa saya dan ibu bapa, rakan yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aiman tidak menyangka Ahmad Zikri akan menghadiahkan kambing pada hari perkahwinannya.

“Dia (Ahmad Zikri) memang ada beritahu nak hadiahkan kambing tapi saya ingatkan daging yang sudah disembelih.

“Rupanya, dia datang bawa kambing yang masih hidup lagi jadi terkejut juga.

“Buat masa ini, kambing itu ada di rumah ayah angkat saya dan perancangannya adalah untuk korbankan kambing itu untuk kenduri arwah ibu bapa kandung saya dan bapa Ahmad Zikri,” katanya.

Baca lagi:

Tular aksi ‘Bomoh’ lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara

Sekian lama menyepi selepas bersara, ini pekerjaan bekas ketua polis negara Hamid Bador

CATEGORIES