Hadi ‘penipu besar’, cuba rancang satu lagi konspirasi Langkah Sheraton

Hadi ‘penipu besar’, cuba rancang satu lagi konspirasi Langkah Sheraton

Hadi ‘penipu besar’, cuba rancang satu lagi konspirasi Langkah Sheraton. Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menuduh Abdul Hadi Awang sedang merancang untuk mewujudkan satu konspirasi seperti Langkah Sheraton bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk Anwar Ibrahim, di samping menafikan tuduhan presiden PAS itu bahawa partinya menyebarkan naratif “Islamofobia”.

Dalam sebuah kenyataan, Lim berkata Hadi sendiri mengakui menjadi dalang dalam Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan kerajaan PH tumbang pada Februari 2020 selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya.

Katanya, konspirasi itu bermula dengan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD) yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad pada 2018 ketika beliau menjadi perdana menteri.

Hadi ‘penipu besar’, cuba rancang satu lagi konspirasi Langkah Sheraton

“Isu ICERD pada tahun 2018 membolehkan Hadi untuk menyebarkan penipuan dan fitnah yang kononnya DAP ini anti Melayu, Islam, dan raja, dan kononnya DAP berada di sebalik cadangan ratifikasi ini, sedangkan sebenarnya para menteri dan pemimpin DAP sendiri terkejut dengan pengumuman perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad, di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan September 2018 yang mengatakan bahawa Malaysia bersedia untuk meratifikasi perjanjian dan konvensyen utama PBB yang berkenaan dengan hak asasi manusia,” katanya.

Katanya Hadi masih lagi belum memohon maaf mengenai penipuannya mengenai DAP berhubung perkara ini, namun kini Hadi mengeluarkan penipuan baru mengenai DAP kononnya parti itu “tidak bermoral dan rakus.”

“Mengapakah Hadi kini menjadi seorang penipu besar sebegini?”

Dalam pada itu, Lim berkata beliau menyokong ratifikasi ICERD namun hanya “selepas majoriti kaum dan agama di Malaysia menyokong dan memahami bahawa konvensyen ini tidak membawa ancaman kepada mana-mana kaum, agama, atau Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya merupakan satu langkah ke hadapan untuk kita menyertai dunia dalam mempromosikan hak asasi manusia.”.

“Tuduhan terkini Hadi bahawa DAP bersalah mempromosikan Islamofobia amatlah tidak masuk akal dan lucu,” katanya.

“Sejak daripada penubuhannya 56 tahun yang lepas pada tahun 1966, DAP sentiasa menyokong penuh Perkara 3 Perlembagaan yang menetapkan Islam ‘sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan harmoni dalam persekutuan’.

“Adakah sesebuah parti yang Islamofobik akan menyokong Perkara 3 Perlembagaan?”

Baca Lagi:
Van jenazah masuk gaung, pemandu maut
Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
CATEGORIES