Habis ikhtiar dah…Kisah dalam rumah tangga kerana mulut suami, kami terpaksa tanggung akibatnya

Habis ikhtiar dah…Kisah dalam rumah tangga kerana mulut suami, kami terpaksa tanggung akibatnya

Habis ikhtiar dah…Kisah dalam rumah tangga kerana mulut suami, kami terpaksa tanggung akibatnya. Foto sekadar hiasan. Salam admin. Harap admin boleh siarkan kisah dalam rumah tangga saya sekarang. Habis ikhtiar dah saya ni.

Saya dan suami beli rumah tahun 2018. Awal tahun. Kami hias rumah cantik cantik, deko sana sini. Semuanya ok sangat sangat sampailah awal tahun ni.

Sejak awal January tahun ni, kami mula diganggu. Bukan kaleng kaleng gangguan dia yeee. Ni saya sedang menaip ni pun dia tengah ketuk ketuk tingkap bilik.

Mula mula kami kerap dengar orang menangis diselang seli dengan ketawa. Almost hari hari dengar.

Habis ikhtiar dah...Kisah dalam rumah tangga kerana mulut suami, kami terpaksa tanggung akibatnya

Satu hari tu, saya nampak anak sulung saya masuk bilik untuk tidur. Saya yang tutup lampu bilik dia sebab dia dah tertidur dulu.

Tiba tiba pergi ruang tamu, saya nampak anak sulung saya. Saya tanya buat apa kat sini?Tadi mama nampak dah masuk bilik. Masa bila turun? Dia kata,

“Mama ni suka la mengusik. Abang ada kat sini dari tadi”.

Berlari saya pi bilik dia. Kosong bilik. Tak ada orang. Itu tak seram sangat.

Lepastu, saya dan suami selalu terdengar orang ketuk tingkap bilik kami. Rumah kami dua tingkat. Siapa nak ketuk malam malam ni.

Suami saya kata sabar jangan layan. Ok saya sabar. Dia ketuk lagi saya sabar lagi. Pastu dia ketuk lagi. Saya terus jerkah, “kau nak apa”.

Tiba tiba dia mengilai seumpama mengejek sayaaa.. Then ketawa. Kemudian dia ketuk lagi, lama lama then hilanggg tak ada dah.

Suami saya lagi lah kuat kena ganggu. Bayangkan suami tengah main game kat ruang tamu tiba tiba dia boleh lari berdesup masuk bilik sebab dia kata tengah tengah main game dia nampak ada perempuan pakai telekung duduk bersimpuh depan kaki dia. Muka tak nampak sebab tunduk ke bawah.

Sampai ke pagi lah kami tidur peluk peluk tak lepas macam baru kahwin. Hantu punya pasal.

Lagi satu hantu ni dia tunjuk diri dia kat suami saya je. Dan anak lelaki saya. Anak lelaki saya kata dia pakai macam hantu Valak tu. Muka pun macam Valak. Suka senyum..

Anak saya kata dia kerap nampak hantu ni depan pintu bilik diaa. Senyum sengih kat dia. Kadang kadang dia rasa hantu tu tidur belakang dia. Macam macam lagi lah..

Kalau saya masak kat dapur, tak payah cakap lah berapa kali barang dialihkan. Api tengah masak sup, ditutup nya. Tengah kacau kacau sup, rasa dia hembus belakang tengkuk. Rasa dia geletek belakang badan.

Bila saya jerkah, “nak apa kau ni”. Macam biasa dia mengilai dan ketawa. Mula mula tu memang seram, sekarang lantak lah sebab siang siang pun dia kacau.

Tapi dalam lantak lah pun saya kecut jugak kadang kadang. Kami anak beranak sejak awal PKP sampailah awal bulan 6 memang duduk di rumah work from home.

Baru baru ni awal bulan 6 je suami dah dipanggil bertugas. Saya dah mula risau. Mula takut balik sebab suami takde. Suami saya bekerja shif. Dalam seminggu mesti ada kerja malam.

Satu pagi tu, saya siapkan sarapan. Buat kopi dalam teko yang memang dah lama dengan keluarga saya. Tapi pagi tu teko tu pecahhh retak seribu. Saya cuba husnuzon. Saya buat kopi dalam teko lain. Pecah juga.

Kemudian macam biasa suara mengilai lagi sekaliii seolah mengejek. Saya sampai dah tak tahan saya menangis. Tapi bila saya menangis, hantu tu pun ikut menangis. Lagi sayu pulak dari saya yang menangis pecah 2 teko. Mental betul rasa.

Saya dengan suami panggil macam macam orang dah datang tengok. Elok sekejap jee. Pastu jadi balik. Saya sampai str3sss sangat sangat.

Kalau saya nak bersama dengan suami memang rasa ada orang perhatikan. Kena tutup semua lampu sampai tak nampak apa barulah selesa.

Kalau nak solat, bacaan selalu ke laut sebab terdengar je kat telinga dia ketawa mengejek. Tengah mandi lagi lah rasa diperhatikan. Hilang privasi sungguh sungguh..

Satu hari saya duduk fikir dari mana datang gangguan ni. Fikir punya fikir barulah saya teringat. Memang sah inilah punca gangguan.

Gangguan ni bermula lepas suami saya yang suka sangat bergurau, suka main main ni buat sesuatu yang dia rasa lawak kot.

Malam tu saya suami dan anak anak tengok movie hantu kat ruang tamu. Tiba tiba dengar orang ketuk pintu. Padahal pintu kayu belah dalam terbuka. Grill je tutup. Kalau ada orang ketuk pintu memang nampak lahhh…

Mula mula bunyi ketuk tu kami semua diam. Lepas lagi satu ketukan tu, suami saya boleh main main cakap sambil gelak gelak. Dia kata,

“Siapa ketuk tu, masuklah. Buat apa duk kat luar tu.. Mehla masuk buat macam rumah sendiri”.

Saya ingat, saya marah suami saya gila gila sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa apa. Tapi sejak dari tu la semua gangguan ni terjadi. Suami saya memang baik, happy go lucky, sembahyang memang tak tinggal tapi tulah suka bergurau bukan bukan..

Saya nak pesan, janganlah buat main benda benda macam ni. Jangan jadi macam suami saya yang happy go lucky entah apa apa.

Dan satu lagi sesiapa yang tau orang pandai berubat, pandai tengok tengok, tolong lah letak no telefon atau alamat orang tu kat ruangan komen.

Nanti saya akan baca satu satu dan kol. Saya dan suami sayang sangat rumah kami. Memang kami ikhtiar macam macam dah. Harap admin boleh siarkan mana tahu ada sesiapa dalam ni yang boleh menolong. In Sha Allah. Terima kasih..

Reaksi warganet

Norhidayah Roslan –
Seram oiiii.. Dah kena dekat rumah lama dulu, dengan segera cari rumah lain. Dia boleh sebut sebut nama lah, tiup tiup blakang telinga lah.

Yang paling terkejut tengah malam anak aku tengah meneran berak aku dah tdo, suami tengok TV. Sekali aku terjaga, boleh pulak sebelah anak aku dengan rambut panjang hitam..

Terbeliak biji mata aku tengok benda tu, tak kalih kalih.

Elok hujung bulan nak pindah, tak sampai hujung bulan, esok tu jugak aku kuar umah tu. Celanat punya hantu.

Alhamdulillah umah sekarang ok dah tapi kadang kadng tu biasa lah nampak macam macam tu je. Janji tak kacau sudah. Rumah pulak dekat dengan kubur, dekat dengan tempat bakar myat. Memang laluan die lah. Huhu

Nur Shuhada Ahmad Khair –
Penah dengar ceramah ustaz. Kalau ada kena gangguan atau tiba tiba dia datang tunjuk rupa, baca ayat ni;

“A’uzu billahi minka, “Al-anuka bilaknatillah”

“Aku berlindung kepada Allah dari engkau, Aku melaknat engkau dengan laknat Allah..”

Sunan Musafir –
Selalu azankan rumah tu di setiap penjuru rumah. Selalukan baca surah Al Baqarah atau bukak je kat youtube kalau tak sempat.

Lagi satu maaf sy hanya sekadar bagi pendapat. Bagitau suami, suruh dia tarik balik ayat dia yabg dia ucap sebelum ni.

Da amek air sebaldi. Bacakan yasin 7 mubin, mintak dengan sbenar benar niat. Basuh rumah tu. Hanya sekadar pendapat dari saya. In shaa Allah.

Sarimah Abdollah Sarip –
Surah Ar Rahman adalah surah yang sejuk untuk semua makhluk. Bila kita baca, insya Allah, Allah lindungi pembaca, rumah dan kenderaan dari gangguan selama 3 hari.

Pernah alami macam macam gangguan, alhamdulillah pulih dengan izin Allah. Terus berusaha tanpa henti. Insya Allah jumpa cara terbaik mengatasi masalah gangguan itu.

Setiap rumah memang ada jin yang menganggu untuk memisahkan suami isteri. Yakin Allah tolong insya Allah segala masalah Allah tolong uruskan untuk kita. Aamiin.

Faizal Shahidah –
Umah yang saya duduk ni, tak tahulah nak cakap macam mana.

Pernah tengah buang air besar sorang sorang masa tu, memang siap kunci pintu bilik air. Tiba tiba dengar bunyi pintu bilik air terbuka. Terus tak jadi nak membuang.

Masa pregnant selalu mimpi ular dan situasi masa tu ular memang dalam rumah ni. Dok menjalar atas siling bilik la, macam macam.

Tengah masak kat dapur selalu rasa macam ada orang kat belakang. Rasa macam ada orang hembus kat tengkuk. Seram tapi lama lama macam takde apa dah. Sekarang pun dah kurang gangguan.

Zaida Mazura –
Yeszza, suami awak sebagai tuan rumah telah menjemput makhluk tu masuk dan buat macam rumah sendiri. Benda ni kena cerita pada ustaz, supaya dia tahu apa yang patut dibuat untuk pagar rumah tu.

Suami patut ada sekali kalau ustaz datang nanti, sebab kuncinya ada pada dia selaku tuan rumah.

Cadangan saya, banyakkan bersedekah sambil minta pada ALLAH untuk buang musibah ni. Boleh beri makanan pada haiwan jalanan seperti kucing dan anjing kelaparan sambil minta mereka doakan awak.

Dalam setiap wirid lepas solat, baca ayat Qursi, 3 kul, Bismillah 5 dan 5 kali,

‘Laailahaillallahu wahdahu lasyarikalah lahulmulku wahulhamduyuhyi wahuwa’ala kullisyai ‘inqadir.

Ayat ni sangat powerful sebagai pelindung diri dari gangguan yang kita tak nampak, dengan syarat mesti yakin dengan pertolongan ALLAH.

Baca Quran falam rumah kuat kuat. Boleh juga pasang CD mengaji. Dinding rumah yang diperbuat oleh batu berupaya menyerap bacaan ayat suci, menjadikan rumah awak panas untuk makhluk jahat.

Dia makhluk ALLAH macam kita jugak. Cara dia nak bagi kita takut macam tu lah, main hembus dan penampakan hodoh. Sebab tu dia gelakkan kita, sebab anggap kita bongok kerana takut pada dia.

Ajar hati supaya lebih keras dan kental. Honestly speaking, kalau saya, saya lebih takutkan pengih daldah dan penyakit knser.

Qis El-Joana –
Setiap kali dia kacau cuba kuatkan semangat. Apapun benda yang terjadi jangan saling bercerita kat suami dalam kawasan rumah tu.

Abaikan, buat bodo je setiap kali ada gangguan. Tunjuk pada dia konon kita ni buta, tuli, pekak. Lama lama dia fed up sendiri.

Jangan sesekali tunjuk kelemahan kita padanya. Alquran wajib baca setiap kali lepas solat. Berdoa pada Allah mohon pertolongan dan perlindungan dari kejahatan mereka.

Ingat, syaiitan suka menghasut, memesong dan mengganggu kita. Ingatlah juga, tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah Pencipta Makhluk Sekalian.

Baca Lagi:
Selalu fikir bukan-bukan pasal isteri, akhirnya saya melihat dengan mata kepala sendiri
Pecah rumah nak mencuri, tapi tertidur di ruang tamu sebab mabuk
“Adik-beradik mak lain bapak lain”-Netizen
CATEGORIES