Guru wanita tampar murid guna buku teks, siap ajak satu kelas ikut tampar sekali

Guru wanita tampar murid guna buku teks, siap ajak satu kelas ikut tampar sekali

Guru wanita tampar murid guna buku teks, siap ajak satu kelas ikut tampar sekali. Tular satu video di laman media sosial, dalam video tersebut memaparkan seorang guru wanita bertindak melempang pelajar dengan buku kerana berang terhadap perlakuan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Menurut keterangan saksi pelajar-pelajar lain, pelajar tersebut didapati melakukan kesalahan iaitu merokok dalam kelas semasa guru tersebut belum masuk.

Selepas sahaja memasuki kelas, guru tersebut mendapati ada bau rokok dan menanyakan kepada semua pelajar sesiapa yang baru lepas merokok namun semuanya diam membisu.

Guru wanita tampar murid guna buku teks, siap ajak satu kelas ikut tampar sekali

Oleh kerana berasa berang ketika persoalanya tidak dijawab, guru tersebut mula mengamuk dan akhirnya beberapa pelajar lelaki mengakui kesalahan mereka.

Kesemua pelajar yang terlibat dipanggil ke depan sebelum setiap pelajar tersebut dilempang dengan menggunakan buku.

Guru wanita itu turut menawarkan kepada pelajar-pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar yang dipanggil ke depan namun tiada seorang pun yang bertindak demikian.

“Guru itu juga menawarkan kepada pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar tersebut”

Kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar dan menularkan video tersebut di media sosial. Rata-rata netizen mengecam tindakan guru tersebut dan ada juga yang menyokong.

Ibu-bapa murid yang terlibat kemudiannya telah dipanggil ke sekolah bagi membincangkan isu itu dan mereka bersepakat untuk saling bermaafan sahaja.

VIDEO :

Baca Lagi:
Lim Kit Siang geli hati dengar Muhyiddin desak Anwar & Zahid letak jawatan
‘Macam ada tiga mulut’, kapsyen wanita ini jadi perhatian netizen, rupanya ini yang terjadi pada matanya
“Selama 3 tahun aku bersekongkol dengan mak ayah” depan mata aku dia buat, yang pelik suami diamkan je..
CATEGORIES