Guru tampar anak murid gara-gara tidak dipanggil ‘cikgu’. Seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Lamongan, Jawa Timur, mengundang pujian orang ramai selepas menampar anak muridnya kerana tidak memanggilnya ‘cikgu’, lapor portal berita Abata News semalam.
Dalam rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @fakta.indo, guru tersebut dilihat menampar pelajar lelaki di dalam kelas di hadapan pelajar lain. Pelajar itu juga dimarahi dan ditampar beberapa kali kerana bersikap kurang ajar.
Kejadian ini berlaku di SMP 1 Kembangbahu pada 24 September lalu. Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dengan lebih 1.9 juta tontonan, dan rata-rata netizen memuji tindakan guru itu.
“Saya sokong guru itu!” kata seorang netizen.
“Bagus cikgu! Budak zaman sekarang memang ada masalah etika dan adab!” komen netizen lain.
View this post on Instagram