Guru selamatkan nyawa anak murid, ular tedung melingkar dalam beg sekolah

Guru selamatkan nyawa anak murid, ular tedung melingkar dalam beg sekolah

Guru selamatkan nyawa anak murid, ular tedung melingkar dalam beg sekolah. Seorang guru berjaya menyelamatkan nyawa anak muridnya apabila menemui seekor ular tedung selar atau King Cobra secara tidak sengaja dalam beg sekolah kanak-kanak itu, lapor laman India Today semalam.

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, guru lelaki itu dilihat sedang memeriksa beg sekolah kanak-kanak perempuan bernama Uma Rajak di sebuah sekolah kerajaan di negeri Madhya Pradesh.

Tidak diketahui bagaimana atau bila ular tedung itu memasuki begnya.

Guru selamatkan nyawa anak murid, ular tedung melingkar dalam beg sekolah

Uma sebenarnya sedang mengeluarkan buku di dalam kelas apabila merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya.

Dia memberitahu gurunya yang membawa beg itu dengan motosikalnya ke lokasi yang jauh dari sekolah.

Alangkah terkejutnya guru itu semasa memeriksa beg apabila mendapati ular tedung selar itu sedang berlingkar di sebalik buku-buku.

Disebabkan tindakan guru yang pantas itu, nyawa Uma terselamat.

Baca Lagi:
Video berebut kerusi, warga Singapura halau pemuda “balik Malaysia lah wei”
Satu Ipoh kena scam dengan budak sekolah 9 tahun
Fitnah isteri DDNK, Mat Sabu pula bakal heret 2 ‘facebooker’ ke mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *