Guru puji murid perempuan susukan adik ketika belajar, ‘janji tak ponteng sekolah’. Tidak mudah untuk menanggung tanggungjawab sebagai kakak atau abang kepada adik-adik kita, terutamanya jika seseorang mempunyai ramai adik yang masih kecil. Itulah yang dapat dinyatakan mengenai seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Thailand ini apabila dia membawa adiknya ke dalam kelas di sekolah.
Tindakannya membawa adiknya ke sekolah telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai sebagai guru kepada pelajar perempuan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh portal The Thaiger.
Dalam video yang berdurasi 18 saat tersebut, kita dapat melihat seorang murid perempuan sekolah rendah sedang memeluk adiknya yang sedang menyusu botol sambil dirinya sendiri sedang menulis di bukunya.
Menurut kapsyen dalam video TikTok tersebut, difahamkan bahawa murid perempuan tersebut membawa adiknya ke sekolah kerana ibunya sibuk menjalankan tugas.
Menurut kapsyen yang sama, guru murid tersebut menyatakan bahawa membawa adik ke sekolah adalah pilihan yang lebih baik kerana yang penting, murid tersebut tidak membolos sekolah.
Dalam video yang sama, kita juga dapat melihat adik perempuan tersebut duduk tenang dipangku kakaknya sambil minum susu botol.
Rata-rata warganet memuji kecekalan murid tersebut dalam mengejar ilmu.
@yingggzz ไม่รู้คนเป็นครูเเบบเราจะรู้สึกยังไง เเต่สิ่งเดียวบอกกับเด็กเสมอว่า ไม่ว่ายังไงอย่าขาดเรียนนะลูก เเม่ไม่ว่างเอาน้องมาเรียนด้วยเลย เเล้วทำจริ้งงงง55555 ดีนะน้องไม่ดื้อ😆#นักเรียน #เลี้ยงน้อง #ปราจีนบุรี #ขึ้นฟีด ♬ เสียงต้นฉบับ – YINGGGZ