Guru lempang pelajar guna buku teks, siap tawar pelajar lain ikut tampar sekali

Guru lempang pelajar guna buku teks, siap tawar pelajar lain ikut tampar sekali

Guru lempang pelajar guna buku teks, siap tawar pelajar lain ikut tampar sekali. “Guru itu juga menawarkan kepada pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar tersebut”

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang guru wanita bertindak melempang pelajar dengan buku kerana berang terhadap perlakuan tersebut.

Menurut keterangan saksi pelajar-pelajar lain, pelajar tersebut didapati melakukan kesalahan iaitu merokok dalam kelas semasa guru tersebut belum masuk.

Guru lempang pelajar guna buku teks, siap tawar pelajar lain ikut tampar sekali

Selepas memasuki kelas, guru tersebut mendapati ada bau rokok dan menanyakan kepada semua pelajar sesiapa yang baru lepas merokok namun semuanya dia membisu.

Berang ketika persoalanya tidak dijawab guru tersebut mula mengamuk dan akhirnya beberapa pelajar lelaki mengakui kesalahan mereka.

Kesemua pelajar yang terlibat dipanggil ke depan sebelum setiap pelajar tersebut dilempang dengan buku.

Guru wanita itu turut menawarkan kepada pelajar-pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar yang dipanggil ke depan namun tiada seorang pun yang bertindak demikian.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh pelajar dan menularkan video tersebut di media sosial. Rata-rata netizen mengecam tindakan guru tersebut dan ada juga yang menyokong

Ibu-bapa murid yang terlibat telah dipanggil ke sekolah bagi membincangkan isu itu dan mereka bersepakat untuk saling bermaafan sahaja.

Baca Lagi:
Myvi penghantar barang ‘dibom’, ini punca sebenar
Penjawat awam kutuk Kerajaan Perpaduan, rasa loya nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat rasmi
10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no 3 paling hot sampai sekarang
CATEGORIES