Guru jual aset sekolah jadikan modal main judi online

Photo of author

By Joe

Guru jual aset sekolah jadikan modal main judi online. Seorang guru di Pangandaran, Jawa Barat didakwa menjual aset sekolah tempatnya mengajar yang bernilai IDR 237 juta akibat ketagihan bermain judi.

Menerusi laporan Kompas, Ketua Pendakwa Raya Kabupaten Ciamis, Soimah berkata, aset yang dijual guru itu adalah perisian, namun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai perisian itu.

Aset tersebut telah dijual kepada seorang individu yang dinamakan sebagai GS pada tahun 2021.
Guru jual aset sekolah jadikan modal main judi online
Gambar hiasan

Menurut keterangan yang bertulis, Soimah berkata duit dari perisian yang digelapkan digunakan sebagai modal untuk perjudian slot online (dalam talian).

Kedua-dua suspek didakwa telah melakukan rasuah mengikut undang-undang rasuah negara itu.

Selepas proses pemfailan selesai, kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Rasuah Bandung untuk dibicarakan.

Baca Lagi:
Kerajaan Perpaduan bakal naikkan gaji minimum kepada RM2,000?
Tak sangka dalam Malaysia ada 55 buah nama sekolah paling pelik dan unik
Jadi tanda tanya, motosikal Honda EX-5 hilang di Selangor, jumpa semula di Sarawak selepas 12 tahun