Guru diarahkan pulangkan balik gaji RM21,000 sebab mengajar melebihi had umur. Seorang pesara guru wanita dari Jambi, Indonesia, telah diarahkan untuk memulangkan semula gaji sejumlah Rp75 juta (sekitar RM21,615) kepada kerajaan.
Menurut laporan Serambinews, Asniati, 60 tahun, seorang pensyarah pra-sekolah, diminta untuk melakukannya kerana telah terus mengajar selama dua tahun melebihi umur persaraan guru, yang biasanya adalah pada usia 58 tahun.
Asniati mengajar seperti biasa selama dua tahun tersebut tanpa menyedari bahawa umurnya sudah melampaui had persaraan guru. Dia terus menerima gaji seperti biasa tanpa dimaklumkan mengenai status persaraannya.
Asniati mula menguruskan proses persaraannya di Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Muaro Jambi pada tahun 2023. Namun, pada 1 Julai yang lalu, dia dipanggil oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Muaro Jambi berkenaan isu ‘terlebih membayar gaji’.
“Jika umur pensyaraan saya adalah 58 tahun, gaji saya sepatutnya berhenti pada masa itu dan saya sepatutnya diarahkan untuk berhenti mengajar,” katanya.
Asniati mengaku terasa kecewa dan enggan untuk mengembalikan gaji yang diminta kerana ia adalah wang yang diperolehnya secara sah.
Sementara itu, Ketua Pelantikan dan Data ASN di BKD Muaro Jambi, Rini Herawati menjelaskan bahawa Asniati telah didaftarkan untuk bersara sejak tahun 2022. Namun begitu, beliau hanya mengemukakan permohonan pensyaratannya pada Ogos 2023.