Guru besar didakwa salah guna kuasa, sekumpulan ibu bapa pasang sepanduk desak guru besar dipindahkan segera

Photo of author

By Joe

Guru besar didakwa salah guna kuasa, sekumpulan ibu bapa pasang sepanduk desak guru besar dipindahkan segera. Sekumpulan ibu bapa mengambil tindakan drastik memasang sepanduk di sebuah sekolah rendah di Paloh Hinai, Pekan menggesa guru besarnya ditukar daripada sekolah terbabit.

Dalam satu video tular di Facebooknya malam tadi, salah seorang ibu bapa pelajar yang dikenali sebagai Nur Farahin menjelaskan tindakan itu diambil selepas mengesyaki guru besar itu telah menyalahgunakan kuasanya.

Guru besar didakwa salah guna kuasa, sekumpulan ibu bapa pasang sepanduk desak guru besar dipindahkan segera

Guru besar sekolah anaknya itu didakwa enggan memberi penjelasan terperinci kepada ibu bapa tentang penggunaan hampir RM30,000 duit Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ketika dihubungi, katanya, tindakan mencurigakan itu telah disuarakan para ibu bapa dalam mesyuarat PIBG baru-baru ini namun ia tidak diendahkan guru besar terbabit.

MalaysiaGazette dalam usaha mendapatkan butiran lanjut daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pekan berkaitan isu ini.

Baca Lagi:
Tular surat tawaran jawatan Timbalan Presiden parti PKR untuk KJ, ini penjelasan Fahmi
Pemuda ini dedah 11 perkara tentang Ebit Lew yang patut kita semua tahu, rupanya…
“Masak nasi dalam bilik?”, Isteri kantoi buat nasi kangkang untuk suami panas baran, ketika periuk nasi dibuka berderau darah aku