
Guru besar denda 3 pelajar sekolah rendah jilat dinding & makan kertas
Guru besar denda 3 pelajar sekolah rendah jilat dinding & makan kertas. Seorang guru besar bertindak menghukum tiga orang muridnya dengan menyuruh mereka menjilat dinding dan makan kertas sebagai denda.
Tidak dibenarkan pulang
Memetik laporan Kompas.com, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Dasar Nus Tengga Timur di Indonesia pada 18 September lalu.

Gambar sekadar hiasan
Difahamkan mereka juga diarahkan untuk menjilat kaca dan pintu sekolah sebagai hukuman denda akibat bermain sumpitan menggunakan penyedut minuman (straw).
Salah seorang daripada murid berkenaan berkata mereka tidak dibenarkan pulang jika tidak menelan kertas selain dua daripada mereka turut dipukul dengan kayu.
Susulan itu, ketiga-tiga murid sekolah rendah tersebut mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum bertindak melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis.
Dalam pada itu, pengakuan mereka juga dirakam dan disampaikan kepada Ketua Dewan Pimpinan Cabang Organisasi Perjuangan Rakyat (POSPERA) iaitu Yorim Fallo.
Polis kemudian mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut dan masih menjalankan siasatan.