Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

Seorang lelaki yang merupakan seorang guru agama telah ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didakwa terlibat dalam jenayah cabul membabitkan pelajar di institusi pendidikannya.

Tertuduh berusia 39 tahun itu merupakan seorang guru Al-Quran hanya mampu menunduk malu saat diiringi oleh anggota polis semasa ke Ibu Pejabat Polis Bandung.

Memetik Tribun Bali, Ketua Polis Daerah, Kusworo Wibowo memaklumkan tertuduh telah mencabul seramai 12 orang pelajar lelaki berusia antara 10 hingga 11 tahun.

“Dia akan menggunakan taktik mengajak anak muridnya untuk menginap bermalam bersamanya. Selain menggunakan taktik ini, si pelaku juga akan menggunakan cara untuk menghantar anak muridnya pulang ke rumah,” jelas Ketua Polis tersebut.

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

Selain itu, suspek juga menggunakan modus operandi dengan mengajak mangsa untuk mandi di kolam air panas sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Perbuatan suspek terbongkar apabila salah seorang pelajar yang menjadi mangsanya telah membuat laporan polis.

Kusworo menjelaskan lagi, hasil siasatan mendapati aktiviti tidak bermoral yang dilakukan oleh lelaki ini berlangsung sejak tahun 2017 lagi.

“Sejak dari tahun 2017 hingga 1 Mac lalu, tiada siapa yang melaporkan, sama ada laporan daripada mangsa atau keluarga mangsa.”

Hasil siatan lanjut juga mendapati bahawa suspek sendiri juga pernah menjadi mangsa cabul pada 1996.

Kes ini disiasat di bawah Pasal 82 Undang-undang Perlindungan Anak. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan menjalani hukuman penjara maksimum 15 tahun dan minima 3 tahun dan denda berjumlah lebih RM88,000.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Dulu hanya jual aiskrim naik basikal dan tidak pandai BI, kini bergelar Tan Sri

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

CATEGORIES