Guna nama Ketua Polis Terengganu, ahli perniagaan nyaris ditipu scammer

Guna nama Ketua Polis Terengganu, ahli perniagaan nyaris ditipu scammer

Guna nama Ketua Polis Terengganu, ahli perniagaan nyaris ditipu scammer.

Seorang ahli perniagaan nyaris rugi RM39,600 setelah dihubungi scammer yang menggunakan nama Ketua Polis Terengganu untuk memperdaya mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, lelaki berkenaan telah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali pada 12 Mei lalu yang mendakwa membuat panggilan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Menerusi panggilan itu, mangsa diberitahu mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM39,600.90 dan telah diarahkan memberikan maklumat peribadi untuk semakan.

Guna nama Ketua Polis Terengganu, ahli perniagaan nyaris ditipu scammer

“Mangsa juga didakwa kononnya mempunyai satu notis dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan ditandatangani Ketua Polis Terengganu kerana terlibat dalam pengedaran dadah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.28 juta,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut M Zambri, mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada ‘pegawai’ Bank Negara Malaysia (BNM) dan telah diarahkan untuk memberikan maklumat perbankan selain diarah memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

“Mangsa bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana mengenalpasti maklumat akaun tersebut milik perseorangan dan bukan BNM.

“Mangsa sempat mengeluarkan serta memindahkan wangnya ke akaun lain dan tidak mengalami kerugian,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta berhati-hati dengan modus operandi terbaharu scammer.

“Jangan mudah terpedaya dan percaya jika menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali,” katanya.

Polis Terengganu sebelum ini mengesan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama ketua polis negeri itu bagi tujuan penipuan.

Taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan satu notis tangkapan kononnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatApps.

Baca lagi: 

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Individu “Cop” parking akan di penjara

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

CATEGORIES