Guna KWSP untuk pinjam bank? Ini saranan Bank Negara

Guna KWSP untuk pinjam bank? Ini saranan Bank Negara

Guna KWSP untuk pinjam bank? Ini saranan Bank Negara. Bank Negara Malaysia (BNM) berkata adalah penting untuk skim yang membenarkan ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan, untuk miliki ciri dan perlindungan yang tersusun. Ini adalah bagi memastikan peminjam berkelayakan dan berkemampuan membayar semula pinjaman yang dimohon.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata perkara ini penting bagi memastikan ahli KWSP dapat terus mengekalkan simpanan persaraan mereka.

Guna KWSP untuk pinjam bank? Ini saranan Bank Negara

“Perincian mengenai skim ini belum dikeluarkan lagi tetapi adalah penting untuk skim ini miliki ciri perlindungan yang baik bagi memastikan peminjam mampu membayar semula pinjaman yang dibuat mereka daripada sumber pendapatan mereka” katanya pada Sidang Media Pelancaran Laporan Tahunan 2022 BNM.
“Dalam masa sama, dengan perlindungan yang tersusun, kerajaan dapat memastikan ahli dapat mengekalkan simpanan persaraan mereka untuk masa depan” tambahnya apabila ditanya mengenai Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang sedang dilaksana kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan sebelum ini menjelaskan inisiatif ini tidak akan membebankan rakyat kerana kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan yang terlibat di dalam inisiatif ini dijangka di antara 4 peratus hingga 5 peratus setahun.

Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8 peratus hingga 15 peratus.

Tambahnya, inisiatif ini juga tidak bercanggah Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

Ini adalah selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan.

Baca Lagi:
Kejadian ‘Bulan berekor’ dikaitkan tanda kiamat dan dukhan akan berlaku?, Ustaz ni jelaskan perkara sebenar
“Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus”, wanita dakwa dipukul ustaz program realiti TV
Kisah 5 beradik meninggal dunia sebab makan telur ikan kurau, tapi sebenar telur..
CATEGORIES