Gorila Bua Noi paling sepi di dunia, dikurung dalam pusat beli-belah selama 3 dekad

Photo of author

By Joe

Gorila Bua Noi paling sepi di dunia, dikurung dalam pusat beli-belah selama 3 dekad. Seekor gorila bernama Bua Noi dikurung sejak lebih tiga dekad di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Aktivis di seluruh dunia sebenarnya sudah lama berkempen dan mendesak pembebasan haiwan itu, dan isu ini pernah menarik perhatian penyanyi, Cher dan pelakon, Gillian Anderson.

Namun sehingga kini, gorila itu masih dikurung di Zoo Pata, terletak di tingkat tujuh pusat beli-belah tertua di Bangkok, Pata Pinklao Department Store.

Gorila Bua Noi paling sepi di dunia, dikurung dalam pusat beli-belah selama 3 dekad

Baru-baru ini, nasib haiwan itu sekali lagi menarik perhatian apabila pemiliknya menawarkan ganjaran 100,000 baht (kira-kira RM12,862) kepada orang ramai yang membawa kepada maklumat penahanan seorang suspek.

Ganjaran itu bagi menangkap suspek yang menulis ‘Bua Noi Percuma!’ di salah satu dinding pusat beli-belah itu.

Biarpun berdepan desakan membebaskan gorila itu, keluarga yang memiliki Bua Noi membantah bagi melepaskannya.

Mereka menolak tawaran 30 juta baht (kira kira RM3 juta) daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, tahun lalu, dengan alasan haiwan itu terlalu tua untuk dihantar pulang.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Zoo Pata dalam kenyataan berkata, gorila lain ditempatkan di zoo di seluruh dunia, tanpa masalah.

Katanya, gorila itu dijaga dengan baik sepanjang hidupnya, walaupun haiwan itu memerlukan kos lebih tinggi.

Bua Noi dilaporkan berusia tiga tahun ketika dibawa dari Jerman pada 1992.

Berdasarkan Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), dengan jangka hayat purata gorila timur melebihi 40 tahun, haiwan itu menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Zoo Pata.

Bagaimanapun, Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand, Edwin Wiek berkata, gorila itu perlu dibebaskan dari situ.

“Ia tidak dapat melihat matahari dan bulan. Macam berada dalam kotak simen dengan tingkap kaca,” katanya kepada AFP.

Kumpulan hak asasi haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) yang mengadakan beberapa bantahan selama bertahun-tahun berkata, Bua Noi mengalami tekanan psikologi .

Baca Lagi:
Bisa kala jengking jadi cecair termahal di dunia terjual RM157 juta
Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi?
Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal