“Goodbye Preve, welcome H”- Honda City bakal jadi kereta peronda PDRM yang terbaharu?

Photo of author

By Joe

“Goodbye Preve, welcome H”- Honda City bakal jadi kereta peronda PDRM yang terbaharu? Satu klip video telah menjadi viral setelah dimuat naik oleh pengguna TikTok @sir_ariff, yang menunjukkan barisan kereta Honda City yang menggunakan livery rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa yang sama, kereta-kereta tersebut dilengkapi dengan lampu strob di atas bumbung.

“Goodbye Preve. Welcome H,” petik caption ringkas video TikTok @sir_ariff itu.

"Goodbye Preve, welcome H"- Honda City bakal jadi kereta peronda PDRM yang terbaharu?

Sehingga penulisan artikel ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penggunaan Honda City sebagai kereta peronda baharu.

Sebelum ini, PDRM menerima 1,275 unit Honda Civic dan Proton X70 secara berperingkat sebagai Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) untuk tugas rondaan, menggantikan model-model kereta yang digunakan sebelum ini.

Difahamkan bahawa kereta-kereta yang ditawarkan dilengkapi dengan peralatan komunikasi RMPNeT, dashcam, dan perakam video digital yang disewa melalui konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun.

Penggunaan kenderaan peronda terkini dengan teknologi canggih ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan PDRM dalam menjalankan tugas harian.

PDRM juga pernah meminjam lima jenis kenderaan pada tahun 2021, terdiri daripada sebuah BMW M3, dua unit BMW X3, dan dua unit Volkswagen Tiguan untuk diuji pandu.

Pinjaman tersebut dilakukan selama dua minggu tanpa sebarang perjanjian rasmi.

Kenderaan-kenderaan tersebut telah digunakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), dan cawangan pengiring.

@sir_ariffgoodbye preve . welcome H 🙏

♬ Suci Di Mana Kini Kau Berada – Rasyid

Baca Lagi:
Anak pergi kerja, ayah buat ‘projek’ dengan menantu dekat rumah
Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI
Ini cara mudah nak tahu telur segar atau tembelang yang ramai tak tahu