Geng paranormal terakam muka ‘hantu budak’ dalam terowong bawah tanah

Geng paranormal terakam muka ‘hantu budak’ dalam terowong bawah tanah

Geng paranormal terakam muka ‘hantu budak’ dalam terowong bawah tanah. Sekumpulan pemburu hantu di Britain merakam ‘wajah kanak-kanak’ menggunakan kamera ketika menjalankan siasatan mengenai aktiviti paranormal di sebuah kubu yang didakwa berhantu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Imej itu dirakam ketika mereka menjalankan siastaan di Ford Horsted, sebuah lokasi yang terkenal dengan penampakan makhluk halus.

Ketika kejadian, pasukan pemburu daripada kumpulan penyiasat paranormal, Hunter Tours telah membawa sekumpulan peminat hantu masuk ke dalam sebuah terowong bawah tanah.

Mereka ketika itu hanya membawa lampu suluh untuk menerangi jalan.

Geng paranormal terakam muka 'hantu budak' dalam terowong bawah tanah

Semua peserta kemudian mendakwa mereka mendengar bunyi seperti sesuatu sedang mengesot di lorong gelap itu.

Salah seorang peserta, Colin Waterman, 41, berjaya merakam imej tersebut menggunakan kamera di kubu yang terletak di bandar Rochester, daerah Kent.

“Kami bermain papan Ouija (papan memanggil makhluk halus). Kami ingin melihat sama ada terdapat roh di kawasan itu dan hantu kanak-kanak memberi maklum balas.
“Ia mengeja huruf. Kami bertanya ‘adakah anda budak kecil’ dan ia menjawab ‘ya’. Ia berkata bahawa dia (budak lelaki) telah meninggal dunia di sana ketika masih kecil,” kata Waterman kepada laman berita KentLive.

Waterman hanya menyedari kehadiran hantu kanak-kanak itu di dalam gambar setelah dia pulang ke rumah.

“Saya melangkau gambar itu dan berhenti seketika sebelum zum secara dekat dan dapat melihat satu wajah kecil. Saya terus memberitahu ahli lain dan mereka hampir tidak mempercayainya,” katanya.
Baca Lagi:
Gambar lelaki misteri pegang telefon zaman 1940-an undang tanda tanya
Macam mana nak tukar tempat mengundi? Alaaa, senang je…nak buat secara online pun boleh!
Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian
CATEGORIES