Geng gangster ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan

Geng gangster ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan

Geng gangster ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan.

Sekumpulan gangster di India yang didakwa membina ‘balai polis palsu’ dan telah beroperasi selama lapan bulan untuk memeras ugut dan merasuah penduduk tempatan telah berjaya ditahan, lapor Utusan Malaysia.

Dilaporkan seramai enam gangster memakai seragam tiruan di pejabat polis yang terletak di luar sebuah hotel di bandar Bika, Bihar timur laut India.

Balai polis yang sebenar terletak hanya 500 meter dari ‘balai polis palsu’ tersebut.

Geng gangster ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan

“Penduduk memaklumkan mereka boleh membuat laporan kepada ‘anggota polis’ mengenai isu jenayah, permohonan perumahan sosial dan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan polis.

“Penduduk perlu membayar antara RM5 hingga RM52 bagi setiap permohonan yang dibuat.

“Sedangkan, semua kertas kerja yang dihantar penduduk dibuang begitu sahaja di pejabat polis palsu itu,” katanya.

Selain itu, kumpulan gangster tersebut juga membayar gaji harian sebanyak RM26 kepada mana-mana individu yang ingin berpura-pura menjadi anggota polis untuk bekerja di balai tersebut.

Shambhu Yadav, Ketua Balai Polis sebenar di Banka berkata suspek ditangkap awal minggu ini selepas anggota polis sebenar melihat seorang daripada mereka membawa jenis pistol yang tidak dipakai oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, dua orang daripada ahli gangster tersebut berjaya ditahan semasa mereka dalam perjalanan pulang ke hotel.

Sebelum dibawa soal siasat, mereka mengelak untuk menjawab mengenai lokasi bandar yang mereka bertugas.

“Mereka akhirnya mengaku beroperasi di luar ‘stesen’ berhampiran.

“Pihak polis menyerbu hotel itu dan menahan tiga suspek lain,” katanya.

Baca Lagi:

Berita baik buat penjawat awam akan diumumkan pada 30 Ogos ini – PM

[VIDEO] Bayi baru lahir ditemui di atas sofa diselamatkan orang ramai

Jakpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta

CATEGORIES