Geng basikal kena sapu atas highway hingga melambung

Photo of author

By Joe

Geng basikal kena sapu atas highway hingga melambung. Dua penunggang basikal terlibat dalam kemalangan selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang ketika menunggang di lebuh raya berhampiran Kota Warisan, Sepang, Selangor pada Ahad.

Ketika kejadian, penunggang terbabit dilihat bergerak secara berkumpulan dengan beberapa lagi individu lain turut berada bersebelahan mereka.

Namun, perbuatan mereka yang menunggang di lorong kiri lebuh raya itu membawa padah apabila dilanggar seorang pemandu yang dipercayai tidak perasan akan kelibat kumpulan tersebut.

Geng basikal kena sapu atas highway hingga melambung

Klip mengenai insiden tersebut dipercayai berlaku pada 7 pagi Isnin sebelum mula tular sejak Selasa.

Meskipun dilihat mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut, penunggang terbabit tetap dikecam warganet yang menganggap perbuatan menunggang di lebuh raya adalah satu kesalahan.

Malah, ada juga yang menganggap bahawa kejadian kemalangan itu adalah sesuatu yang melucukan.

“Punya la luas lagi kiri tu, nak jugak masuk lorong kereta,” ujar Kazuya Mishima.
“Akal tinggal dalam bonet kereta masa ride basikal,” tulis Perap Abah.

Namun, terdapat netizen turut menyelar sikap pemandu kenderaan terlibat kerana tidak lebih peka selepas melihat kehadiran kumpulan penunggang basikal berkenaan.

“Salah tu tetap salah, tapi cara nak mengajar tu tak kena tempat. Nasib tak ada yang hilang nyawa,” ujar Farhana Rosli.
“Cuba keluarga dia yang kena langgar dan orang gelakkan,” kata Zaimy Zainal.

Setakat laporan ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan polis berhubung kejadian tersebut.

Baca Lagi:
Dusuki masih tak puas hati, sindir Mujahid lepas tarik rayuan di mahkamah
“Aku benarkan suami kahwin 2, tak sangka ada plot twist hujung-hujung sampai suami jadi murung sebulan”
Ramai tak tahu maksud sebenar kod ‘huruf terakhir’ di tayar, ini senarai kod serta maksudnya