Genap setahun di tirai besi, Najib kongsi pengalaman jadi perhatian ramai

Genap setahun di tirai besi, Najib kongsi pengalaman jadi perhatian ramai

Genap setahun di tirai besi, Najib kongsi pengalaman jadi perhatian ramai. Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Perdana Menteri keenam yang berusia 69 tahun ketika itu didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ingatan setahun di penjara dimuat naik oleh pentadbir akaun Facebook Najib hari ini.

Genap setahun di tirai besi, Najib kongsi pengalaman jadi perhatian ramai

“Di sebalik tirai besi
Beralaskan dinginnya lantai simen
Tikar sejadah menjadi teman
Sujud Mengerjakan solat lima waktu
Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban
Mendoakan ketenangan, kebebasan derita…”

Hantaran berkenaan juga memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib dengan memberi tumpuan pada ibadah.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Sementara, dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.

Baca Lagi:
Tular video sekumpulan lelaki berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar biasa di Makam Tok Kenali
Azhar Sulaiman mahu jual plat MAF14 dengan harga RM1.85 juta, “Jika anda mafia sejati, tefelonlah kalau berani,”
Kisah pelakon seniman yang disegani Tony Kassim meninggal ketika solat Tahajjud
CATEGORIES