Gempar !!! Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu loloskan diri

WhatsApp Image 2022 04 10 at 8.46.02 PM 1

Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu loloskan diri.

Seramai tujuh orang banduan tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu melarikan diri pada pukul 3 petang tadi.

Kesemua mereka dikenali sebagai Mohamad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, Shazuan Md. Sharif, Zainuddin, Mohd. Zairizan Zainal, Muhammad Syafiq Rohmat.

Bagaimanapun seorang banduan, Sohaimi Khalid, berjaya ditangkap semula di kawasan kebun sawit, Kongkoi dalam jarak dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 petang tadi.

Gempar !!! Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu loloskan diri

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, susulan itu, pihak polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan berkenaan.

“Polis Daerah Jelebu menerima makluman berkaitan tujuh banduan melarikan diri di Penjara Jelebu namun seorang banduan telah ditemukan petang tadi. Kesemua banduan adalah tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu.

“Susulan daripada kejadian ini, pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan tersebut dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam bagi membantu pihak polis.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di mana -mana talian dibawah. Orang ramai yang mendapat maklumat boleh menghubungi, IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan Jelebu di talian 06-6137999,” katanya.

Jelas beliau, disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Baca lagi: 

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Cristiano Ronaldo mengamuk hancurkan handphone peminat dalam stadium

Leave a Reply

Your email address will not be published.