Gempar!! Pertemuan menteri, timbalan menteri di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya hari ini jadi tanda tanya

Gempar!! Pertemuan menteri, timbalan menteri di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya hari ini jadi tanda tanya

Gempar!! Pertemuan menteri, timbalan menteri di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya hari ini jadi tanda tanya.

Satu pertemuan membabitkan antara beberapa menteri dan timbalan menteri UMNO di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya hari ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai tujuan mesyuarat tersebut.

Difahamkan beberapa anggota Kabinet seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilihat tiba pada pukul 8.45 pagi manakala kelibat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pula muncul pada 9.37 pagi.

Screenshot 20220325 112333 e1648183152366

Shahidan Kassim dilihat antara yang hadir dalam pertemuan menteri dan timbalan menteri UMNO di Putrajaya.

Bagaimanapun Utusan Malaysia sedang mendapat maklum balas Shahidan berhubung tujuan pertemuan tersebut, namun beliau masih belum menjawab kiriman mesej.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung minggu lalu memutuskan agar Top 5 UMNO diberikan peluang untuk membincangkan cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun desakan itu semakin kuat apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal meluluskan usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Rabu lalu.

Hal ini setelah seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir.

Baca lagi: 

Seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini…

[VIDEO] Dilempar botol berisi air kencing ketika memandu

Bermula 1 April, penerima Sinovac yang tak booster dijangka akan kehilangan status “divaksin sepenuhnya” – KJ

CATEGORIES